Mahathir tiru Najib guna tagline #MaluApaAtokku?



Ketika ini fenomena 'Malu apa bossku' sedang melanda rakyat di negara ini.

Tidak kira di mana kita pergi termasuk di alam siber, pasti tiga ayat yang entah daripada mana munculnya terus popular secara tiba-tiba.



Perlu diakui strategi yang diguna oleh bekas perdana menteri dengan slogan ‘Malu apa bossku’ ini bukan sahaja berjaya memikat hati pengguna media sosial, malah turut mengajak anak-anak muda mengetahui serba sedikit tentang politik semasa selain menambah pengetahuan umum tentang perkara-perkara lain.

Kelebihan beliau sebagai Perdana Menteri selama sembilan tahun diguna sebaik mungkin untuk menyedarkan kerajaan demi kepentingan rakyat.



Mungkin berasa tergugat dengan tagline yang semakin hari mendapat tempat di dalam masyarakat, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencuba nasib dengan menggunakan pendekatan yang sama.

Memetik seorang netizen Nabeel Naqie, hari ini beliau dilihat menggunakan tagline yang sama 'Malu apa atokku' ketika program santai 2 roda di Semenyih yang melibatkan motosikal dan anak muda.



Bagaimanapun cubaan Mahathir meniru Najib itu mendapat sindiran dari warganet kerana peimpin veteran itu dilihat seolah-olah tidak mempunyai idea-idea yang baru yang boleh diketengahkan untuk memikat anak muda masa kini.

"WTF... #MaluApaAtokku??? 🤣 Pernah ke abang kakak semua ketawa sampai termuntah??? 😆🤮," komen Nabeel Naqie.



"tak baik gelakan org tua," komen Hj Remy.

"hahahahahaha......tagline pun nk copy, dh xdak talian hayat ka barua2 si tua bangkai ni???..." komen Yassir Omar. - AbuLeman


Mahathir tiru Najib guna tagline #MaluApaAtokku? Mahathir tiru Najib guna tagline #MaluApaAtokku? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...