Mahathir tak dihiraukan di TBS, Najib disambut meriah di Langkawi



Semenjak bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mula mendapat perhatian dan sokongan rakyat dari troll dan aktiviti turun padang, beberapa orang pemimpin KERAjaan juga dilihat mencuba pendekatan yang sama dengan harapan mereka juga akan mula diberikan perhatian.

Malangnya setiap percubaan dari pemimpin KERAjaan Pakatan Harapan (PH) tidak berjaya meraih sokongan rakyat, bahkan sebahagian besarnya mencemuh dan mempersoalkan janji-janji manifesto yang tidak ditunaikan walaupun selepas lebih sembilan bulan mengambil alih pentadbiran.

Selepas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad tidak diendahkan oleh penduduk Cameron Highland, terbaru Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menerima nasib yang serupa apabila tidak dipedulikan oleh rakyat yang berada di stesen bas pusat negara, Terminal Bersepadu Selatan (TBS).



Di satu video rakaman, beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat sedang berlegar-legar di sekitar TBS yang kononnya untuk meninjau sistem Jualan Tiket Berpusat (CTS) yang diguna pakai di stesen itu.

Beliau yang bersama dengan rombongannya berlegar-legar mungkin dengan harapan rakyat berpusu-pusu datang kepadanya untuk bersalam atau berselfie, tetapi malangnya rakyat yang ada di sana tidak menghiraukan beliau dan rombongannya.

Sehingga di satu ketika, Mahathir terpaksa berlakon mengambil gambar atau video rakaman keadaan di sana dengan telefon bimbitnya. Padahal semua orang tahu yang beliau adalah perdana menteri dan pembantunya boleh megambil gambar atau video untuknya sekiranya perlu.



Dihujung video rakaman, Mahathir terpaksa menaiki salah satu bas ekpress bagi menunjukkan yang rakyat dekat dengannya.

Mahathir bijak memilih untuk menaiki bas kerana penumpang tidak boleh lari menjauhkan diri darinya memandangkan bas bila-bila sahaja akan bergerak dan bas hanya ada satu pintu di hadapan.

Namun, pun begitu rakyat masih tidak mempedulikannya, walaupun ketika itu Mahathir hanya kurang dari satu meter darinya.



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Lakonan Mahathir menaiki bas itu tidak berjaya kerana semua orang tahu bagaimana rupa luar dan dalam sesebuah bas. Ia tidaklah begitu mengujakan apatah lagi tiket bas telah dinaikan oleh KERAjaan PH baru-baru ini dan disebabkan Mahathir, bas itu telah menangguhkan perjalan mereka yang menyebabkan penumpang lambat sampai ke destinasi.

Akhirnya, selepas turun dari bas, Mahathir melambai-lambai ke arah penumpang tadi yang mana dapat dilihat di dalam video itu, penumpang-penumpang tidak menghiraukan pun lambaianya.

Mungkin Mahathir lupa, penumpang-penumpang bas itu adalah penerima BR1M, penerima subsidi dan bantuan-bantuan yang telah dihapuskan oleh KERAjaan PH sejurus berkuasa.



Untuk rekod, TBS adalah salah satu projek di era kerajaan Barisan Nasional ketika pentadbiran Najib Razak yang menggantikan hentian bas Puduraya yang ditubuhkan oleh kerajaan Mahathir sebelum itu.

Dibuka pada 1 Januari 2011 dan dirasmikan oleh Najib Razak pada 14 April 2013.

Video di bawah ini pula adalah rakaman sambutan yang diterima oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hari ini.

Sambutan dari rakyat yang luar biasa walaupun di lapangan terbang tanpa hebahan, walaupun di kawasan Parlimen yang diwakili oleh Mahathir. Anda nilaikanlah sendiri. - AbuLeman



ARTIKEL BERKAITAN : Khalid tidak dipedulikan, Najib dikerumuni penduduk Sungai Koyan


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
























Mahathir tak dihiraukan di TBS, Najib disambut meriah di Langkawi Mahathir tak dihiraukan di TBS, Najib disambut meriah di Langkawi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...