Mahathir akui 2 parti kompenan PH cuba singkir PM



Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mendakwa dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) mungkin merancang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Beliau berkata, partinya merasakan ada yang tidak kena dengan cara Mahathir bercakap tentang sekutunya dalam PH.



Justeru, katanya, sebab itulah PAS berikrar memberi sokongan kepada beliau ketika pertemuan dengan presiden parti Abdul Hadi Awang Jumaat lalu.

Sehari selepas pertemuan itu, Mahathir mendakwa PAS membuat keputusan untuk tidak menyokong BN dalam PRK Semenyih.



Mahathir sekali lagi menegaskan perkara itu semalam, dan memaklumkan belau menerima persetujuan bertulis yang ditandantangani Takiyuddin.

Bagaimanapun Takiyuddin menjelaskan, persetujuan bertulis itu sebenarnya draf ikrar menyokong Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya terhadapnya.



“Salinan draf surat itu diberi kepadanya. Dalam draf itu, kami menyatakan akan bersama perdana menteri jika sesuatu berlaku kepadanya.

“Semua bermula dengan kenyataan Mahathir sendiri. Kita orang politik boleh faham, ada yang tak kena mungkin berlaku dalam PH.



“Dia ada sebut dua parti, saya tak mahu sebutlah,” katanya dalam sidang media di Semenyih. Turut serta dalam sidang media itu ialah Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.


Tahap komitmen

Takiyuddin dalam kenyataan semalam berkata, walaupun PAS akan meneruskan kerjasama dengan Umno, komitmennya dalam PRK ini tidak akan sama dengan PRK Cameron Highlands sebelumnya.



“Cameron Highlands kerusi parlimen, tentulah komitmen kami lebih besar. Tetapi (Semenyih) hanya kerusi DUN,” katanya.

Namun beliau berkata PAS tetap akan berkempen sedaya-upaya untuk calon BN Zakaria Hanafi.

Beliau memaklumkan PAS dan Umno mengadakan mesyuarat semalam bagi membincangkan program kempen – termasuk ceramah yang akan disertai Hadi dan pemangku presiden Umno Mohamad Hassan. - MK



ARTIKEL BERKAITAN:

PAS: Mahathir tipu, tiada arahan henti kerjasama dengan BN di Semenyih

'Saya pun tak tahu macam mana Mahathir boleh buat kenyataan begitu'

KANTOI: Akhirnya Mahathir mengaku menipu, tiada surat ditandatangani Hadi

Mahathir akui 2 parti kompenan PH cuba singkir PM Mahathir akui 2 parti kompenan PH cuba singkir PM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 18, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...