Giliran Lim Kit Siang pula kantoi tipu miliki Ijazah Undang-Undang



Isu ijazah palsu seolah-olah tidak mahu reda apabila timbul lagi satu pembongkaran berkaitan sijil kelayan akademik pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin PH yang dimaksudkan kali ini adalah pemimpin veteran dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang yang mendakwa memiliki ijazah dari Universiti London jurusan Undang-Undang (Bachelor of Law, LL.B Hons.).



Univeristi London merupakan universiti yang terbesar di dunia yang diasaskan pada tahun 1836. Universiti ini merupakan sebuah badan persekutuan yang terdiri daripada 31 anggota gabungan autonomi, 18 buah kolej dan 13 buah institut.

Menurut seorang netizen yang menggunakan nama Daniel Goh, Lim Kit Siang di awal kehidupannya hanyalah seorang penjual daging babi di Batu Pahat sebelum menjadi seorang pengilat kasut kepada Devan Nair iaitu salah seorang pengasas kepada parti DAP.


Menurut Daniel, Kit Siang mendakwa memperolehi ijazahnya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) pada tahun 1987.

Namun ada sedikit keraguan dari dakwaan Kit Siang itu di mana ketika itu syarat minimum untuk memohon pengajian ijazah adalah mesti memiliki Sijil Am Pendidikan di peringkat 'Advanced Level' (A Level) tetapi Kit Siang hanya menamatkan pengajiannya di peringkat 'Ordinary Level' (O Level) sahaja.


Bagaimana pun, sekiranya Kit Siang mampu untuk melanjutkan pelajarannya hanya dengan menggunakan transkrip O Level-nya yang mungkin super cemerlang, pengajian undang-undang memerlukan masa selama empat tahun.

Di awal tadi Kit Siang mendakwa memiliki ijazah undang-undang tersebut sewaktu ditahan di bawah ISA di mana beliau hanya ditahan selama 2 tahun sahaja. Bagaimanapun dakwaan Kit Siang memiliki ijazah itu telah dipadam dari laman web peribadinya ketika negara sedang panas membahaskan isu ini.


Daniel turut mencabar Lim Kit Siang agar menyamannya jika maklumat yang dikongikan itu adalah fitnah semata-mata.

Sebelum ini Kit Siang mempertahankan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang didapati menipu dengan mendakwa memperolehi ijazah dari universiti ternama, Universiti Cambridge di United Kingdom namun mengubah pengakuannya kepada memiliki ijazah dari universiti palsu, Universiti Antarabangsa Cambridge Amerika Syarikat.



Kit Siang mendakwa parti yang kalah seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) menjadikan isu ijazah ini hanya untuk mendapatkan perhatian rakyat sahaja.

Nampaknya tidak ada yang tulen di dalam Pakatan Harapan. Segalanya palsu terutamanya harapan dan janji. - AbuLeman





ARTIKEL BERKAITAN : 





Mahfuz mengaku ada ijazah sarjana di Universiti Belford

Australia-New Zealand nafi Guan Eng akauntan profesional bertauliah



TERKINI: Ijazah palsu, Menteri umum letak jawatan serta-merta

Najib tanya Mahfuz, Universiti Belford ni di negara Wakanda ke?

Akhirnya Mahfuz akui bukan lulusan Universiti Belford

GENIUS: Mukhriz peroleh ijazah kurang dari satu tahun

Ijazah Rina Harun tak ditawarkan di Universiti Northwood

Akhirnya MB Johor mengaku tipu ijazah UPM

Giliran Lim Kit Siang pula kantoi tipu miliki Ijazah Undang-Undang Giliran Lim Kit Siang pula kantoi tipu miliki Ijazah Undang-Undang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...