Lif, permaidani khas untuk menteri Sabah



KUALA LUMPUR – Lif dan karpet khas untuk Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony.

Itu arahan surat arahan daripada Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, Dr. Ismail S. Charles yang seakan-akan seperti surat pekeliling kerajaan negeri yang tular di media sosial hari ini.

Ia kononnya dibuat atas arahan Peter sendiri.


Selain menteri, lif itu juga hanya boleh digunakan oleh pembantu menteri, setiausaha tetap, pengarah kerja raya dan ketua-ketua jabatan sahaja.

Selain itu, JKR juga diarahkan memasang permaidani di dalam dan luar lif bagi memastikan lif sentiasa bersih, menurut surat yang sama.

Beberapa netizen turut berkongsi posting surat berkenaan dan mengkritiknya walaupun lif khas itu dianggap perkara biasa di pejabat kerajaan.



Seorang netizen, Norliza Abd Ghani berkata; “Wah ini lagi teruk antara dua darjat.”

Seorang lagi netizen, Arthur Sen berkata; “Sabah Ubah, VVIP wajib ada lif khas berkarpet biar pun di peringkat menteri saja. Jurang antara 2 darjat wajib. Mesti ada sistem kasta.”

“Jamban khas tak nak ke menteri? Macam hanat..” komen Saiful. - MalaysiaGazette/AbuLeman



Lif, permaidani khas untuk menteri Sabah Lif, permaidani khas untuk menteri Sabah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...