Lelaki mengamuk tunggu 4 jam disuruh balik



KUALA LUMPUR 27 Feb. - Sebuah video menunjukkan seorang lelaki mengamuk di sebuah premis kerajaan tular dalam laman sosial Twitter, semalam.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat meluahkan kemarahannya kepada petugas kaunter dipercayai kerana disuruh balik selepas menunggu selama empat jam.



Seorang pengguna Twitter, Hilmi Adi Ruzaini yang menularkan video tersebut berkata, petugas kaunter memberikan alasan kekurangan kakitangan dan sudah masuk waktu rehat kepada lelaki itu, menyebabkan dia hilang sabar.

“Seorang rakyat Malaysia hilang sabar di sebuah pejabat kerajaan apabila dia menunggu dari 10 pagi hingga 2 petang dan ketika ke kaunter, pegawai meminta dia datang pada lain waktu kerana kekurangan kakitangan dan sudah masuk waktu rehat, ketika ada sangat ramai pegawai lain berjalan ke sana sini tanpa berbuat apa-apa,” tulisnya dalam akaun Twitter miliknya, semalam.



Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku kerana tiada sebarang maklumat berkenaannya dapat dilihat.

Video tersebut sehingga pukul 11 pagi ini telah mendapat 3,264 ciapan semula (retweet), 1,550 sukaan dan 128 komen balas.



Kebanyakan komen balas pula menyebelahi lelaki tersebut  yang dilihat mewakili ramai lagi rakyat Malaysia kerana pernah berhadapan situasi sama di pejabat kerajaan.

“Kita semua lelaki itu,” tulis @ssophussein.



Ada juga yang menasihati penjawat awam supaya menambah baik kualiti perkhidmatan dengan pelbagai cadangan.

“Lain kali pegawai kerajaan yang bijaksana ini dah boleh agak, pukul berapa nak break (rehat), buat announcement (pengumuman) atau masa orang itu ambik nombor inform (beritahu) siap-siap, boleh datang esok ke, sebab hari ini bla bla bla. Sekurang-kurangnya kita beritahu, tak ada orang kasihan tunggu lama dengan tak makan,” tulis @nur_aieen.



Tidak kurang juga yang ‘mengata’ penjawat awam dengan pelbagai kutukan, antaranya mendakwa penjawat awam sering masuk lambat dan tidak ikhlas bekerja.

“Masa lunch (makan tengah hari) pergi mall shopping (pusat beli belah). Banyak makan dari buat kerja (potluck). Apabila kena maki, kecoh. Boleh kira berapa je staff government (pegawai kerajaan) yang berkualiti,” tulis @n_fazielaaa. - UO




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Lelaki mengamuk tunggu 4 jam disuruh balik Lelaki mengamuk tunggu 4 jam disuruh balik Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...