Lebih baik cium tangan Najib dari tangan Kit Siang – Ustaz Husam




Pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin membidas pihak yang mempertikai tindakannya mencium tangan Najib Razak pada pertemuan dengan bekas perdana menteri itu semalam.

Anak bekas Mufti Kedah itu berkata, beliau mencium tangan Najib sebagai tanda hormat kepada bekas presiden Umno yang peringkat usianya hampir menyamai bapanya.

"Ramai tanya betul ke ustaz cium tangan kiri Datuk Seri Najib Razak. Jawapannya tak betul. Cium tangan kanan bukan kiri.

"Salah ke saya sebagai orang muda cium tangan orang tua? Peringkat umur Datuk Seri Najib Razak pula peringkat ayah saya. Adabkan orang muda hormat pada orang tua?

"Atau mereka tu nak saya cium tangan Lim Kit Siang baru betul pada padangan mata depa. Tobat lahum aku tak kelapaq aih.

"Hampa nak cium tangan dia hampa ciumlah," tulis beliau dalam dialek Kedah menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam Ahmad Husam mengadakan pertemuan dengan Najib bagi memohon maaf kerana mendakwa mempercayai fitnah yang dilemparkan terhadap bekas perdana menteri itu.

Pertemuan itu disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Manakala Najib pula menyatakan kesediaannya memaafkan semua yang memfitnahnya sehingga menyebabkan BN tewas pada Pilihan Rayan Umum (PRU) Ke-14 lalu.

"Datuk seri saya minta maaf apa yang saya percaya dahulu dan mungkin ada lagi seingat saya pernah berucap di hadapan awam mungkin sedikit sebanyak mencalarkan imej datuk seri pada waktu itu.

“Mungkin saya tak dapat nak sebut satu persatu datuk seri, sebab banyak, ada yang jumpa saya di ceramah, ada yang menangis minta saya sampaikan permohonan maaf mereka kepada datuk seri,” luah Ahmad Husam pada pertemuan itu. - MK

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Lebih baik cium tangan Najib dari tangan Kit Siang – Ustaz Husam Lebih baik cium tangan Najib dari tangan Kit Siang – Ustaz Husam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...