Kini Hotel Royale Chulan pula dijual rejim PH – Najib



Satu lagi aset kerajaan dijual kepada Singapura.

Kali ini, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta minggu lepas.


Harga jualan hotel 4 bintang 400 bilik di atas tanah hakmilik kekal terletak di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur ini dikatakan pada harga yang bukan begitu baik dan hanya pada harga rizab sahaja.

Ada hotel-hotel lain yang terletak di jalan yang sama yang pernah dijual pada harga dua kali ganda lebih tinggi beberapa tahun yang lepas ini.


Dilaporkan juga bahawa Boustead terpaksa menjual hotel ini kerana LTAT perlukan wang.

Oleh itu, harga jualan mungkin telah terjejas.

Mengapakah LTAT tiba-tiba terdesak untuk memerlukan wang?


Kerajaan PH telah meneruskan agenda mereka untuk jual aset negara yang dikumpul pada masa kerajaan BN.

IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun pada bulan November lalu dengan harga RM8.42 bilion.


Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dua minggu dahulu dengan harga RM1.65 bilion.

Minggu lepas juga, lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran. - Najib Razak

Kini Hotel Royale Chulan pula dijual rejim PH – Najib Kini Hotel Royale Chulan pula dijual rejim PH – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...