Kes isyarat lucah Siti Kasim gugur, Papagomo sebut bodoh didakwa



PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin hari ini mempersoal tuduhan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan terhadap Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris, mengatakan terdapat unsur pertuduhan terpilih oleh Jabatan Peguam Negara.

Beliau tertanya mengapa Azri didakwa kerana mengucapkan perkataan “bodoh” pada seorang menteri tetapi tindakan terhadap peguam terkenal, Siti Kasim yang menunjukkan isyarah lucah pada penonton forum 3 tahun lalu dibatalkan.


“Kes Azri dan Siti Kasim kedua-duanya atas asas dan kesalahan bawah seksyen yang sama.

“Saya tidak mempertahankan tindakan Azri, tapi saya nak tahu kenapa tindakan peguam negara tidak konsisten,” katanya di Facebook.


Ahli Parlimen Rembau berkata pembatalan arahan untuk mendakwa Siti Kasim bawah Seksyen 509 pada 11 Februari lepas menunjukkan terdapat asas untuk membawa kes itu ke mahkamah.

“Atas arahan Jabatan Peguam Negara, kes tersebut digugurkan,” katanya.

Khairy memberi amaran perkembangan ini pasti akan beri imej buruk kepada sistem undang-undang.


“Jika berlarutan akan menyebabkan rakyat terus hilang kepercayaan,” katanya.

Azri hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan bawah Seksyen 509 kerana mengucapkan perkataan “bodoh” dan Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan pada bahu dan leher Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Hakim Mahkamah Majistret, Fadzilatul Isma Ahmad Refngah memerintahkan Azri membayar wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta melaporkan diri ke balai polis sekali dalam sebulan.

Azri sebelum itu ditahan reman selama 3 hari selepas Syed Saddiq membuat laporan polis mendakwa dia dicekak Azri selepas penamaan calon pilihan raya kecil DUN Semenyih di Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang pada 10:45 pagi, 16 Februari lalu.


Mahkamah menetapkan 1 April untuk sebutan semula kes.

Pada September 2016, Siti Kasim yang lantang menentang usaha memperkasakan undang-undang syariah di negara ini, diganggu peserta forum membincangkan rancangan PAS memperkenalkan hukuman lebih berat kepada pesalah syariah.


Beliau kemudiannya disiasat polis selepas satu laporan dibuat terhadapnya kerana menunjukkan jari tengah kepada kumpulan hadirin itu. Siti dilapor berkata, pengkritiknya cuba mendakwa beliau menghina Islam.

Siti Kasim pada 11 Februari lalu berkata Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak mendakwanya. - FMT



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






ARTIKEL BERKAITAN :

Syed Saddiq sengaja turun di kawasan BN cetus provokasi – Saksi

Bukan cekik, saya cuba melindungi Syed Saddiq je – Papagomo

TERKINI: Syed Saddiq hilang kelayakan Ahli Parlimen akibat laporan palsu dicekak Papagomo

LAPORAN PALSU: Papagomo lapor polis, saman fitnah Syed Saddiq

Letak tangan dibahu Syed Saddiq, Papagomo direman 3 hari

Polis sahkan Papagomo tak serang Syed Saddiq

Bila nak siasat laporan palsu Syed Saddiq? – Najib Razak

Laporan palsu, Papagomo gesa polis siasat Syed Saddiq

Papagomo didakwa di mahkamah kerana menyebabkan Syed Saddiq melecet

Papagomo didakwa kerana sebut 'bodoh' kepada Syed Saddiq

Kes isyarat lucah Siti Kasim gugur, Papagomo sebut bodoh didakwa

Isyarat lucah, Peguam Negara arah dakwa Siti Kasim

Siti Kasim bebas dakwaan tunjuk jari tengah

Video Peguam dan Hakim Negara sedang seronok berpesta tular

Kes isyarat lucah Siti Kasim gugur, Papagomo sebut bodoh didakwa Kes isyarat lucah Siti Kasim gugur, Papagomo sebut bodoh didakwa Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...