KERAjaan PH sekat android box movie percuma


Ada android box pun tak guna sebab semua kena blok. Tahniah pengundi kerana menjadikan Astro lebih kaya

AKSES mengenai kandungan penstriman haram menerusi aplikasi Android Box semakin dikesan apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) giat membanteras laman-laman web ini.

Setakat ini, SKMM telah menyekat 246 laman web yang menyediakan tayangan filem, dokumentari dan berita tanpa kebenaran menerusi 'setup box' itu.

Ketua Pegawai Rangkaian Keselamatan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin memberitahu The Star bahawa mereka bekerjasama rapat dengan kementerian untuk menyekat laman-laman web yang menawarkan penstriman video haram.

"Berdasarkasn butiran dan aduan mengenai pemilik hak cipta yang dibuat kepada kementerian, SKMM akan melakukan penutupan laman-laman web tersebut," katanya.

Beliau berkata, SKMM menyekat domain laman-laman web penstriman haram itu, yang mana menyediakan kandungan melanggar undang-undang hak cipta dan harta intelek, sekali gus menjadikan ia sukar diakes oleh pengguna Android box.

Menurutnya, SKMM hanya boleh bertindak berdasarkan aduan kementerian dan menyekat laman-laman web itu kerana ia tidak mempunyai ia tidak mempunyai bidang kuasa berhubung pelanggaran undang-undang hak cipta dan harta intelek.

"Kita bekerjasama rapat dengan kementerian dan hanya menerusi aduan dan butiran yang diberikan kepada kita, seperti domain dan URL mereka, halaman World Wide Web dan alamatnya pada laman-laman web penstriman haram, bagi membolehkan kita bertindak menyekat asas tersebut," katanya.

Beliau berkata, banyak Android box dijual di pasaran juga haram dan tidak mempunyai kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

"Semua Android box perlu mendapatkan kelulusan Sirim. Bagaimanapun, hanya beberapa peranti yang mendapat pensijilan Sirim. Manakala lain-lain dijual dan dibawa secara haram," katanya. 

Zulkarnain berkata, semua Anroid box perlu disahkan bagi memastikan ia mematui piawaian operasi tertentu yang diluluskan oleh SKMM, dan peranti seumpama itu tidak akan mengganggu frekuensi yang telah ditetapkan atau diluluskan gajet yang lain.

SKMM melantik Sirim sebagai badan kawal selia untuk menguji dan meluluskan penggunaan Android box.

Beliau berkata, unit penguatkuasaan SKMM akan mempergiatkan pemeriksaan dan pemantauan terhadap jualan peranti haram di pasaran. - TS
KERAjaan PH sekat android box movie percuma KERAjaan PH sekat android box movie percuma Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...