KEJAM: PH henti bantuan sara hidup nelayan



PULAU PINANG 14 Feb. - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa telah menghentikan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) terhadap nelayan berusia 70 tahun ke atas.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara), Nazri Ahmad berkata, perkara itu dikesan berlaku pada bulan ini apabila terdapat nelayan berusia lebih 70 tahun di negeri ini mengadu bantuan yang sering diterima pada pertengahan bulan tidak dimasukkan ke dalam akaun seperti biasa.

"Kita masih belum ada jumlah sebenar nelayan yang terlibat tetapi masalah ini telah diadukan kepada pihak persatuan.


"Walaupun mereka dikatakan boleh membuat rayuan namun prosesnya akan mengambil masa dan menyukarkan kehidupan nelayan yang terlibat," katanya di sini hari ini.

Menurut Nazri walaupun sudah berusia lebih 70 tahun nelayan-nelayan berkenaan masih tetap turun ke laut untuk mencari rezeki.

"Kami amat kecewa dengan situasi yang menimpa para nelayan sekarang.

"Kerajaan boleh guna pelbagai langkah lain untuk berjimat tetapi jangan ambil duit bantuan nelayan," katanya. - UO

KEJAM: PH henti bantuan sara hidup nelayan KEJAM: PH henti bantuan sara hidup nelayan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...