Isyarat lucah, Peguam Negara arah dakwa Siti Kasim



Peguam Siti Kasim dijangka akan didakwa di mahkamah minggu depan kerana menunjukkan isyarat lucah kepada hadirin sebuah forum pada 2016.

Beliau juga mendakwa tuduhan terhadapnya dibuat oleh seorang pegawai polis kanan yang menurutnya cuba memasukkannya ke dalam penjara.

Menurutnya lagi, seorang inspektor polis menghubunginya semalam dan memberitahu ada arahan untuk mendakwanya mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan susulan insiden itu yang berlaku di Shah Alam.

"Sebelum ini saya berdiam diri tetapi saya rasa perlu menyatakannya kepada umum. Saya tahu OCCI Selangor (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah), bernama Fadzil, cuba memenjarakan saya.



"Saya percaya dia merancang serbuan ke rumah saya dengan tuduhan menculik yang mengarut. Jika tidak kerana rakaman yang tak dirancang yang tular kemudiannya, saya mungkin berhadapan dakwaan yang lebih besar. Kesalahan menculik membawa hukuman bunuh," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau merujuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat, dan serbuan polis ke rumahnya di Kajang, pada Jun tahun lalu.

Ketika serbuan itu, beliau ditahan atas kesalahan menghalang penjawat awam melakukan tugas selepas polis mengambil seorang perempuan yang berlindung di rumahnya.

Pada insiden 5 September 2016, Siti didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang hadirin ketika forum tentang RUU 355 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Ia didakwa berlaku selepas beliau ke forum itu dan mula mengkritik RUU tersebut, yang mengundang sindiran daripada hadirin.


'Arahan dari Pejabat Peguam Negara'

Sementara itu, Fadzil ketika dihubungi berkata polis menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa Siti Kasim sejak April tahun lalu.

Katanya lagi, polis bagaimanapun meanngguhkan perkara itu kerana sibuk dengan persediaan PRU ke-14.

Fadzil berkata kes itu ditangguhkan sekali lagi kerana polis menerima satu lagi kes melibatkan Siti berhubung insiden serbuan di Kajang.

"Ada dua kertas siasatan dibuka untuk kes Kajang. Dan kami merancang untuk membuat pendakwaan serentak; (kami) menunggu arahan lanjut daripada (AGC) di Putrajaya.



"Tapi kerana AGC belum ada keputusan berkenaan kes Kajang, saya memutuskan untuk meneruskan insiden (jari tengah) dulu kerana arahan daripada AGC masih terpakai," katanya lagi.

Berhubung dakwaan Siti bahawa beliau cuba memenjarakan peguam itu, Fadzil berkata selaku pengamal undang-undang Siti patut lebih tahu berhubung proses perundangan.

"Dia seorang peguam dan patut tahu proses undang-undang...Dia boleh buktikan (di mahkamah) jika tak bersalah," katanya lagi. - MK



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Isyarat lucah, Peguam Negara arah dakwa Siti Kasim Isyarat lucah, Peguam Negara arah dakwa Siti Kasim Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...