Isu agama, perkauman punca Melayu benci PH


Melayu benci PH sebab kau urang kaki kencing, jadi hamba sahaya DAP...

KUANTAN – Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman yang sering dibawa Umno dan Pas mungkin menjadi faktor hampir 60 peratus orang Melayu tidak mempercayai Kerajaan PH menerusi kajian dibuat agensi perundingan, Ilham Centre bersama Penang Institute.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata ini merupakan fitnah yang diwujudkan oleh parti tersebut bagi mewujudkan perasaan fobia terhadap DAP kepada masyarakat.

Menurutnya, pihaknya melihat tindakan yang dilakukan oleh Umno dan Pas ini hanya bermatlamat untuk kepentingan politik dan bukan dilakukan demi mencapai keharmonian negara.

“Ramai percaya PH itu adalah DAP, di Cameron Highlands Umno dan Pas memfitnah mengatakan DAP hendak menghapuskan Institusi Raja-Raja dan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Ia adalah fitnah kerana DAP adalah sebahagian PH yang menjunjung Institusi Raja-Raja dan tidak pernah berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui pada program serahan vaucer kepada golongan kurang berkemampuan di TMG Bandar Putra/Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

Fuziah berkata sepatutnya Pas lebih memikirkan isu rasuah dan hutang negara yang tinggi yang sebelum ini dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN

Dalam pada itu, Fuziah turut menasihatkan supaya Umno dan Pas tidak memainkan isu tersebut kerana negara ini masyarakatnya berbilang bangsa dan taat kepada perlembagaan negara.

“Kita sepatutnya perlu berbangga kerana Malaysia merupakan rakyat yang berbilang bangsa dan agama namun mereka menjunjung dan mematuhi perlembagaan negara.

“Jangan rosakan reputasi ini supaya rakyat tidak salah faham..saya kira mereka tidak harus mempersoalkan kerana pemimpin dalam PH sentiasa mempertahankan Islam dan perlembagaan,” katanya. - SH


Isu agama, perkauman punca Melayu benci PH Isu agama, perkauman punca Melayu benci PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 03, 2019 Rating: 5

1 comment

  1. Rakyat mana yg tak marah... Udah le kau kencing rakyat, kau tekan rakyat dgn pelbagai cukai... Hal ehwal agama Islam pun kafir harbi mula menyibuk... Ekonomi negara pula semakin parah ... Tak nampak langsung kebaikan yg PH buat.. . melainkan barisan menteri2 badut yg boleh memalukan negara. Ingat!!! ... Kami sokong PH dlm PRU 14 supaya mendpt perubahan yg lebih baik bukan utk menindas rakyat, menimbulkan sentimen perkauman dan konflik agama...

    ReplyDelete


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...