Ijazah Rina Harun tak ditawarkan di Universiti Northwood



Siri membongkar ijazah palsu para menteri Pakatan Harapan (PH) diteruskan lagi. Kali ini fokus warganet tertumpu pada Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau mendakwa memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di dalam bidang Perbankan dan Pengurusan Kewangan yang diperolehi di Universiti Northwood, Michigan, Amerika Syarikat.

Universiti ini merupakan sebuah universiti swasta yang mana sudah tentu yuran yang dikenakan sangat tinggi.



Menurut seorang netizen yang menggunakan nama Seademon, kursus-kursus tradisi yang ditawarkan di universiti itu tiada satu pun yang tertera seperti yang didakwa oleh Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa itu.

Jadi, penulis itu meminta penjelasan dari menteri samada ijazah yang diperolehi itu asli, dibeli atau berlaku kesilapan atau sebagainya.

Menurut Seademon lagi, Rina adalah anak kepada seorang pesara yang berkahwin dengan mantan Ketua Puteri Umno Bahagian Tanjung Karang.



Maka, persoalan seterusnya yang timbul adalah dari manakah sumber dana yang Rina gunakan untuk membayar yuran-yuran pengajian dan perbelanjaaan selama berada di universiti swasta di luar negara yang sudah tentu terlalu mahal bagi anak seorang pesara?

Adakah YB Rina akan tampil memberikan penjelasan tentang perkara ini? - AbuLeman














ARTIKEL BERKAITAN : 





Mahfuz mengaku ada ijazah sarjana di Universiti Belford

Australia-New Zealand nafi Guan Eng akauntan profesional bertauliah

TERKINI: Ijazah palsu, Menteri umum letak jawatan serta-merta

Najib: Ijazah saya hilang, mungkin tertinggal di Seri Perdana, tapi...

Najib tanya Mahfuz, Universiti Belford ni di negara Wakanda ke?

Akhirnya Mahfuz akui bukan lulusan Universiti Belford

GENIUS: Mukhriz peroleh ijazah kurang dari satu tahun

Ijazah Rina Harun tak ditawarkan di Universiti Northwood
Ijazah Rina Harun tak ditawarkan di Universiti Northwood Ijazah Rina Harun tak ditawarkan di Universiti Northwood Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...