IJAZAH PALSU: Malaysia dimalukan di England



Belum reda isu Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dengan ijazah palsu yang diperolehi dari universiti yang tidak wujud, negara pula dimalukan di serata dunia dengan pendedahan ini.

Tidak cukup dimalukan di negara jiran, Malaysia dimalukan sehingga ke United Kingdom, negara asal terletakknya Universiti Cambridge; universiti di mana ijazah itu diperolehi, dakwa timbalan menteri itu sebelum didedahkan penipuannya.

Marzuki akhirnya mengaku beliau tidak memiliki ijazah dari universiti bersejarah itu, menukar pengakuannya miliki ijazah dari universiti yang punya nama yang sama, Universiti Antarabangsa Cambridge yang kononnya beroperasi di Amerika Syarikat.



Pengakuannya itu tidak membaiki keadaan, bahkan menambahkan rasa malu rakyat Malaysia apabila universiti yang dimaksudkan itu merupakan universiti yang diragui kewujudannya dan tidak diiktiraf akreditasinya dari mana-mana insititusi dan negara.

Bahkan salah satu gambar seorang pensyarah wanita yang tertera di laman web universiti itu mempunyai 'watermark' dari laman web 'online dating' dipercayai laman web lucah.

Ajaibnya pimpinan KERAjaan Pakatan Harapan (PH) yang sering melaungkan ketelusan dan intergriti bermati-matian mempertahankan Marzuki dengan alasan ahli politik tidak perlukan ijazah padahal isu utamanya adalah penipuan Marzuki pada awalnya tentang ijazah yang kononnya diperolehi dari universiti ternama itu. - AbuLeman




IJAZAH PALSU: Malaysia dimalukan di England IJAZAH PALSU: Malaysia dimalukan di England Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...