IJAZAH PALSU: ‘Siapa tipu, Bernama atau pegawai menteri?’ – Najib



Adakah BERNAMA yang menipu ataupun pegawai-pegawai Menteri yang menipu?

Semalam, Menteri Besar Perak telah mengaku beliau tidak memiliki ijazah Universiti dan bukan seorang graduan.

Ini selepas pengakuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pertahanan Mat Sabu bahawa mereka juga tak pernah kata mereka adalah graduan dari universiti.

Tetapi apa yang pelik ialah berita palsu bahawa menteri-menteri ini adalah graduan ialah dari biodata yang dikeluarkan oleh saluran berita rasmi kerajaan - BERNAMA di dalam infografik-infografik mereka dan tersebar luas ketika dilantik sebagai menteri, iaitu kira-kira 9 bulan lalu.



Apa yang mereka lakukan selama kira-kira 9 bulan itu? Diamkan diri.

Ini sumber dari BERNAMA, bukan dari Wikipedia sahaja.

Setahu saya, adalah satu kelaziman untuk BERNAMA meminta biodata dari pasukan pembantu khas dan setiausaha akhbar Menteri apabila seseorang menteri baru dilantik untuk digunakan dalam laporan BERNAMA.

Selepas penafian-penafian ini, BERNAMA di bawah kerajaan PH telah jelas didapati mengeluarkan berita tidak sahih kepada Rakyat.



Persoalan sekarang ialah adakah editorial BERNAMA yang telah membuat kesilapan ataupun pasukan Menteri sendiri yang memberi informasi yang tidak sahih?

Adakah Menteri Komunikasi dan Multimedia dari DAP yang juga menteri jaga BERNAMA akan menyiasat siapa sebenarnya punca berita tidak sahih ini?

Siapa yang menipu? BERNAMA ataupun pegawai Menteri-menteri? – Najib Razak



ARTIKEL BERKAITAN : 














IJAZAH PALSU: ‘Siapa tipu, Bernama atau pegawai menteri?’ – Najib IJAZAH PALSU: ‘Siapa tipu, Bernama atau pegawai menteri?’ – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...