‘Hari ini menang, esok saya selesaikan semua masalah Semenyih' - Calon PH


Hahahahahahahaha... Cai PH memang suka dengar ayat macam ni.. Hahahahahaha...

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini, esoknya 3 haribulan semua masalah penduduk saya akan selesaikan.

Itu merupakan janji calon PH, Muhammad Aiman Zainali, 30, di hadapan kira-kira 150 penduduk Batu 26, Beranang di sini malam tadi.


Katanya, beliau berusaha untuk membantu rakyat yang berhadapan dengan masalah jalan raya berlubang, tiada lampu jalan, sampah sarap dan pendatang asing tanpa izin.

“Dalam beberapa hari ini, saya sudah bertemu dengan penduduk. Banyak aduan dan keluhan tentang jalan raya sempit dan berlubang; lampu jalan yang tidak bernyala, sampah sarap serta pendatang asing.


“Jadi, dua haribulan kita menang, tiga haribulan saya selesaikan semua masalah.” katanya sewaktu berucap di sini yang mendapat sorakan dan tepukan para penduduk.

Yang turut hadir Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - UO


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

‘Hari ini menang, esok saya selesaikan semua masalah Semenyih' - Calon PH ‘Hari ini menang, esok saya selesaikan semua masalah Semenyih' - Calon PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...