La.. Ingat betul nak hapus tol, rupanya beri jenama lain je.. – Najib


Cadang tol percuma dari 11 malam sampai 5 pagi. Ingat orang tak ada anak bini ke nak tunggu tol sampai pukul 11 malam baru nak balik rumah? Lepas tu 4 pagi keluar rumah pergi kerja..? Ini menteri gila mana yang beri cadangan ni?

Kerajaan hari ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada.


Sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

"Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi, di mana penggunaan lebuh raya adalah percuma.


Lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, perkara itu selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat.


"Ini sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya," katanya.

Kenyataan itu menambah, hasil kutipan caj kesesakan tersebut akan diguna pakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman.


"Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, diguna untuk meningkat kualiti pengangkutan awam seluruh negara.

"Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan di umumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai," jelasnya. - MK




Oh. PH nak tipu lagi pasal tol.

Bagi sesiapa yang gunakan tol seperti sedia kala, tetap bayar harga sama ya - tapi dijenamakan semula sebagai caj kesesakan.

Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari 11 pm hingga 5 pagi.



Ini bermakna kalau tak nak bayar tol, sila bangun pukul 4 pagi dan pergi kerja 5 pagi.

Lepas kerja jangan balik dulu, tunggu 11 malam baru balik.

Lim Guan Eng bukan suka kaji berapa ramai yang guna UTC?

Kenapa tak kaji berapa ramai pergi kerja 5 pagi dan balik 11 malam?

Kata nak bantu kurangkan kos sara hidup.



Saya juga nak tegaskan bahawa Gamuda Bhd dimiliki oleh rakyat melalui KWSP, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, KWAP dan sebagainya.

Ini bermakna dia nak guna duit pelaburan rakyat untuk membeli konsesi tol.

Konsesi tol ini terletak di Kuala Lumpur sahaja.



Sudah tentu ini tidak akan memberi apa-apa pulangan kepada pelaburan rakyat Malaysia.

Sudah tentu juga ia tidak adil kepada pencarum dari luar Kuala Lumpur.

Para pekerja konsesi-konsesi tol ini juga perlu mula risau.

Kestabilan pekerjaan mereka kini tergugat.

Saya yakin akan ada sebilangan besar yang akan kehilangan nafkah hidup dengan langkah ini.

Siapa yang ajar teori hapus tol ini? Maszlee ke? - Najib Razak




La.. Ingat betul nak hapus tol, rupanya beri jenama lain je.. – Najib La.. Ingat betul nak hapus tol, rupanya beri jenama lain je.. – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 23, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...