Guan Eng masih tak luluskan peruntukan SK, agama – Maszlee


Mula-mula coverline kata sekolah kebangsaan dan sekolah agama paling banyak dapat peruntukan. Bila rakyat dah kantoikan dengan fakta yang sekolah cina dan swasta lebih banyak diberi peruntukan, tiba-tiba salahkan Guan Eng pula tak luluskan peruntukan.

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Selepas kritikan hebat rakyat terhadap Kementerian Pendidikan yang dilihat seolah-olah menjadikan sekolah Cina sebagai ‘anak emas’ dengan pemberian beberapa peruntukan penyelenggaraan, Menterinya, Dr. Maszlee Malik tampil memberi penjelasan.

Menurut Dr. Maszlee, Kementerian Pendidikan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rakyat yang pihaknya hanya memberi penekanan kepada pembangunan sekolah Cina dan mengabaikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.



“Dalam kes yang dipertikaikan beberapa pihak, peruntukan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan. Teo Nie Ching adalah peruntukan yang diluluskan untuk 2018 dan bukan peruntukan untuk tahun ini.

“Mengenai peruntukan kepada Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina 2019 berjumlah RM12 juta, ia bukan merupakan peruntukan Kementerian Pendidikan sebaliknya adalah dana khas yang telah disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah-sekolah terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Maszlee berkata, beliau sendiri telah mengemukakan permohonan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menyelenggara dan membaiki Sekolah-sekolah Kebangsaan dan Sekolah-sekolah Agama Negeri.



Jelasnya, permohonan tersebut bagaimanapun masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan sekaligus menolak tanggapan yang Kementerian Pendidikan tidak mengambil berat kebajikan murid dan sekolah khususnya aliran Sekolah Kebangsaan (SK).

“Selain peruntukan besar untuk menyelenggara dan membaiki sekolah bagi tahun ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM128 juta untuk membangun dan menaik taraf sekolah daif di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan peruntukan pembangunan kementerian tahun 2019,” katanya. - UO


ARTIKEL BERKAITAN : 

BAJET2019: Peruntukan SJKC lebih daripada SK

Bajet paling besar konon – Najib Razak
Guan Eng masih tak luluskan peruntukan SK, agama – Maszlee Guan Eng masih tak luluskan peruntukan SK, agama – Maszlee Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...