Gambar Pengerusi SPR dengan wanita seksi bertatu tular



Warganet sejak semalam dikejutkan dengan tularnya beberapa keping gambar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan bersama dengan seorang wanita bertatu yang seksi.

Pengerusi SPR yang turut dikenali sebagai Art Harun itu telah memuat naik satu kapsyen mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.


"A belated birthday lunch with my Baby. She will always be a Baby. Happy birthday! Stay awesome." ciapnya bersama dengan gambar wanita itu.

Difahamkan wanita itu rupanya adalah anak perempuan Pengerusi SPR itu.


Namun yang menjadi agak pelik, janggal dan memanaskan keadaan adalah apabila warganet turut mengongsikan beberapa gambar lain wanita itu yang kelihatan lebih seksi dari gambar yang pertama di mana dengan hanya mengenakan pakaian dalam sahaja.

Selain tidak malu dengan hanya berpakaian dalam, sangat jelas kelihatan tatu yang ditatah di bahu, lengan dan dada wanita itu sehingga jika dilihat sekali imbas, mungkin tidak mampu dibezakan samada wanita itu orang Islam atau orang bukan Islam.


Netizen mengecam Azhar kerana sebagai bapa beliau seharusnya menegur anaknya yang bertatu dan berpakaian tidak senonoh secara terbuka.

Lebih memburukkan keadaan, anaknya itu mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial untuk ditonton oleh semua orang.


Sebaliknya Azhar memuji anaknya dengan hari kelahirannya dan seolah-olah menggalakkan lagi gaya dan cara anaknya itu dengan ucapan 'stay awesome'.

Seorang netizen mempersoalkan, "lelaki mat saleh yang peluk tu laki dia ke? Taste mat saleh je.."



Seorang netizen yang lain juga turut mempersoalkan, "kalau anak sorang ni pun tak boleh jaga, macam mana nak jaga pilihan raya. Alamatnya jahanamlah..."

Apa pula pandangan anda? - AbuLeman















Gambar Pengerusi SPR dengan wanita seksi bertatu tular Gambar Pengerusi SPR dengan wanita seksi bertatu tular Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...