Gaji minimum RM1,100 itupun sudah terlalu tinggi – Kulasegaran


Sebelum PRU janji nak beri gaji minimum RM1,500, bila dapat kuasa gaji RM1,100 pun dah terlalu tinggi.. Habis hancing pengundi PH...

KOTA KINABALU: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, kerajaan akan mengkaji gaji pokok lebih “relevan” bagi sektor tertentu kerana RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor.

Beliau berkata, ini bermakna akan ada gaji minimum berbeza bagi sektor seperti perladangan, hotel dan kedai kopi.


Katanya, perkara itu memerlukan lebih banyak kajian sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.

Terdahulu, Kulasegaran mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Majikan Malaysia cawangan Sabah.


Katanya, ahli persekutuan itu memberitahu majikan perlu mengurangkan jumlah pekerja atau menamatkan perniagaan mereka kerana tidak mampu memberi gaji minimum kepada pekerja.

Kadar gaji minimum ditetapkan pada RM920, sebelum dinaikkan kepada RM1,100 di seluruh negara mulai 1 Januari lalu.


Kulasegaran berkata, kementeriannya turut mempertimbangkan langkah meminda undang-undang buruh untuk menjadikannya lebih relevan.

Ia termasuk Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan. - FMT

Gaji minimum RM1,100 itupun sudah terlalu tinggi – Kulasegaran Gaji minimum RM1,100 itupun sudah terlalu tinggi – Kulasegaran Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...