TERKINI: Enam bekas Ahli Parlimen UMNO masuk Bersatu


Teruk sangat PH dihentam dengan isu 'fake degree' sampai Mahathir terpaksa 'divert' isu lain, isu Umno masuk Bersatu.

PUTRAJAYA 12 Feb.- Seperti dijangka, enam bekas Ahli Parlimen UMNO hari ini menyerahkan borang permohonan untuk memasuki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Selain itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menerima kad keahlian Bersatu.



Borang penyertaan itu diserahkan kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu majlis khas di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Rosol belum tiba lagi kerana masih dalam perjalanan ke sini.

Enam Ahli Parlimen itu yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas itu memutuskan untuk meninggalkan UMNO pada 14 Disember tahun lalu. - UO




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
TERKINI: Enam bekas Ahli Parlimen UMNO masuk Bersatu TERKINI: Enam bekas Ahli Parlimen UMNO masuk Bersatu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...