Guna contoh report ini, buat laporan polis terhadap lelaki yang hina Nabi yang telah dibebaskan



Sebagai umat Islam adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesucian Agama. Nabi Muhammad saw adalah Rasul dan melaluinya agama Islam diturunkan.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini telah berlaku banyak penghinaan terhadap agama Islam dari mereka yang tidak bertanggungjawab.



Kes yang terbaru adalah seorang lelaki berbangsa cina bernama Wai Foo Sing telah menghina Nabi dengan menggambarkan baginda sedang berbogel bersama Aishah dengan satu gambaran penghinaan yang tidak boleh diterima oleh mana-mana umat Islam.

300 laporan polis telah dibuat terhadap lelaki ini, bagaimanapun beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah 3 hari ditahan.



Pembebasan Wai Foo Sing menimbulkan tanda tanya dan sudah pasti sekali lagi menimbulkan kemarahan umat Islam.

Persoalan yang timbul, mengapa lelaki ini dibebaskan dalam masa 3 hari dengan jaminan polis yang mana seolah-olah menggambarkan kes yang didakwa terhadap beliau bukanlah sesuatu kes yang berat di mata pihak berkuasa.



Jadi, malam tadi 100 umat Islam telah berkumpul di hadapan ibu pejabat polis daerah Timur Laut untuk menyatakan bantahan terhadap perkara itu.

Sekali lagi laporan polis telah dibuat untuk mendesak lelaki yang menghina Nabi Muhammad saw itu ditahan semula bagi dikenakan tindakan selanjutnya.



Umat Islam di Malaysia didesak untuk turut sama membuat laporan polis terhadap individu tersebut. Contohilah negara Islam yang lain di mana jika Nabi Muhammad dihina, pelakunya akan dikenakan hukuman yang sangat berat.

Jika penghinaan ini berlaku di negara jiran Indonesia, sudah pasti seluruh jalan di negara mereka akan dipenuhi oleh rakyatnya untuk mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap pelaku itu.



Perkara seumpama ini telah berlaku di Indonesia apabila seluruh rakyat membanjiri jalanan untuk menjatuhkan Ahok yang telah menghina agama Islam ketika itu.

Maka, gerakan yang telah dimulakan malam tadi di Pulau Pinang adalah permulaan. Umat Islam di negeri dan di lokasi yang lain diharap dapat tampil di balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan polis terhadap perkara ini.



Di bawah adalah satu contoh report yang boleh digunakan untuk membuat laporan kepada pihak polis, bahkan inilah report yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Timur Laut malam tadi.

Kita banyakkan laporan polis agar lelaki yang menghina Nabi secara melampau itu akan dikenakan tindakan dan siasatan boleh dilakukan jika terdapat tekanan dari pihak-pihak yang tidak sepatutnya untuk sekali lagi membebaskan lelaki itu. - AbuLeman



Pada jam (___waktu___) ketika saya membaca mesej whatsapp di telefon saya di (___lokasi___) berkaitan seorang lelaki Cina bernama Wai Foo Sing yang menghina Nabi Muhammad saw telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Saya mengesyaki telah berlaku berat sebelah dan gagal melaksakan tanggungjawab dengan adil dan saksama pegawai pegawai penyiasat kes tersebut ataupun berlakunya tekanan daripada pihak atasan sehingga tertuduh dibebaskan hanya dengan JAMINAN POLIS.

Tujuan report dibuat adalah supaya KES ini disiasat dan induvidu yang menghina Nabi Muhammad saw ditangkap semula dengan kadar segera.

Saya khuatir sekiranya lelaki yang menghina nabi ini terus dibebaskan, ia mampu mencetuskan ketidaktenteraman awam di kalangan masyarakat.



ARTIKEL BERKAITAN :

Penyokong PH hina Nabi Muhammad gambarkan sedang bertelanjang bersama Aishah

Polis tahan lelaki cina hina Nabi Muhammad
KECOH: 100 umat Islam 'serang' balai polis pertikai penghina Nabi dibebaskan



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




Guna contoh report ini, buat laporan polis terhadap lelaki yang hina Nabi yang telah dibebaskan Guna contoh report ini, buat laporan polis terhadap lelaki yang hina Nabi yang telah dibebaskan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...