SEMAKIN BERANI: DAP campur tangan dalam kandungan teks khutbah Jumaat



SATU akaun facebook yang menggunakan nama 'Kobis Yang Encem' mendedahkan bahawa telah berlaku campur tangan oleh individu tertentu dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) berhubung kandungan khutbah yang disampaikan pada Jumaat yang lalu.

Menurut pemilik akaun itu, imam dan pengurusan Masjid Rahmat Felda Lembah Klau telah dipanggil ke Pejabat Agama Islam Raub ekoran aduan dari 'tangan-tangan ghaib' DAP tersebut.

Bagaimanapun butiran aduan dan pertemuan yang berlaku di bersama kakitangan pejabat agama itu tidak dikongsikan dengan jelas.



Menurut Kobis Yang Encem, segala butiran penuh akan didedahkan pada jam 9 malam ini di Dewan Terbuka Dong.

Dalam pertemuan itu, imam dan pengurusan masjid ditemani oleh Pemuda UMNO Raub dan Pengerusi PAS Kawasan Raub, Haji Bedu Rahim Ismail.

Hantaran pemilik akaun facebook itu mendapat reaksi yang pelbagai dari warganet memandangkan DAP adalah parti yang dimonopoli oleh orang kafir yang tidak sepatutnya mencampuri hal ehwal orang Islam. - AbuLeman





SEMAKIN BERANI: DAP campur tangan dalam kandungan teks khutbah Jumaat SEMAKIN BERANI: DAP campur tangan dalam kandungan teks khutbah Jumaat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...