Calon PH Semenyih kantoi dakwa ada PhD



Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh.

Aiman Zainali, calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) adalah seorang anak muda yang lahir pada tahun 1989.

Calon berusia 30 tahun ini merupakan anak jati Semenyih dan bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat swasta. Aiman adalah menantu kepada penyandang, Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.



Pencalonannya mendapat tentangan dari pimpinan setempat apabila jawatan hanya diberi kepada ahli keluarga yang tidak berjasa di kawasan, menurut mereka.

Namun tentera bawang tidak mudah tertipu dengan biodata yang diberikan oleh pihak PH yang sudah pasti selama ini hanya menipu untuk mengaburi masyarakat.

Setelah diperiksa, Aiman dilihat pertama kali menipu kelayakan akademiknya di halaman Linkedin.com apabila mendakwa memiliki Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang 'Mobile Communication' pada tahun 2016.



Namun serangan ke atas kelayakan akademik pemimpin-pemimpin PH akhir-akhir ini membuatkan Aiman terpaksa mengubah strategi dengan membuat sedikit kemaskini di dalam poster kempennya, iaitu kelayakan akademiknya diubah dari memiliki PhD kepada 'sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, di Universiti Teknoogi Mara, Shah Alam'.

Bidang yang berlainan dari yang didakwa di halaman Linkedin.com.

Tindakan Aiman ini bijak tetapi ia tidak membawa maksud apa-apa selain mengesahkan beliau pernah menipu tentang kelayakan akademiknya dan ia sekadar memberi maksud calon itu  tidak memiliki PhD, itu sahaja.



Tetapi tindakan Aiman ini membawa kepada persoalan kedua iaitu adakah calon PH ini telah mengambil Ijazah Sarjana atau Master? Atau adakah dari kelulusan Ijazahnya mampu melayakkan dirinya terus mengambil PhD?

Kesimpulannya, jika tidak memiliki PhD, perlukah meletakkannya di dalam biodata 'sedang mengikuti pengajian PhD?'

Adakah itu format yang betul?

Itulah di antara persoalan yang diutarakan oleh tentera bawang tentang calon muda di Semenyih ini. Apa komen anda? - AbuLeman










Calon PH Semenyih kantoi dakwa ada PhD Calon PH Semenyih kantoi dakwa ada PhD Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...