Semenyih: Calon PH tak tahu yang dia sebenanya bantai Azmin – Najib



Hari ini saya nak buka cerita Kerajaan PH Selangor.

Mungkin ramai tidak tahu.

Calon PH confirm tidak tahu. Dua tiga hari lepas dia tersilap bantai Kerajaan Selangor dia.


Setiap tahun Kerajaan Persekutuan berikan peruntukan kepada kerajaan negeri.

Kerajaan pimpinan saya telah beri lebih RM6.3 bilion kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Ini tidak termasuk pembangunan projek dan bantuan rakyat yang diberikan terus tanpa melalui Kerajaan Negeri.


Tahu tak antaranya untuk apa?

1. Penyelenggaraan jalan raya,
2. Bayar bil lampu jalan dan lampu isyarat,
3. Bantu kewangan pihak berkuasa tempatan, dan sebagainya.


Nak saya tulis satu-satu berapa juta telah diberikan untuk bina dan baiki jalan Selangor pun saya boleh.

Ya, depan-depan PH cakap saya zalim kenakan cukai.

Senyap-senyap belakang PH ambil duit cukai persekutuan.


Duit ini diberikan kepada Kerajaan Selangor untuk bantu rakyat.

Sepatutnya lah. Ke mana duit itu, kena tanya Azmin Ali dan calon PH.

Ke Semenyih atau tidak, rasanya tidak.


Calon PH sendiri sahkan bahawa di Semenyih, jalannya sempit, jalan raya berlubang, lampu jalan tidak bernyala, dan ada masalah sampah sarap.

Masih nak undi PH? - Najib Razak





Semenyih: Calon PH tak tahu yang dia sebenanya bantai Azmin – Najib Semenyih: Calon PH tak tahu yang dia sebenanya bantai Azmin – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...