'Bukan ringgit jatuh, dolar yang naik' – Mahathir


Kalau jawapan macam ni, suruh budak darjah 3 je jadi PM

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan kemerosotan nilai ringgit berbanding baht sekarang ini kerana prestasi buruk pentadbirannya, sebaliknya kerana Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Beliau berkata nilai ringgit merosot kepada RM13 bagi setiap 100 baht adalah kerana kenaikan mata wang dolar.

“Yang jadi masalah adalah mata wang dolar AS naik kerana apa yang dilakukan Trump. Apabila dolar AS naik maka nilai ringgit jatuhlah.

“Bukan jatuh betul-betul tetapi hanya dari segi peratusan. Sekarang ini RM4.16 (berbanding AS$1), sebelum ini RM4.29.



Kita (RM) sudah kukuh, tetapi perkara seperti ini tidak boleh diambil sebagai ukuran tepat kerana ada lain-lain ukuran yang perlu diambil kira dalam menentukan prestasi ekonomi negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan.

Terdahulu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak desak Putrajaya menjelaskan kemerosotan besar ringgit berbanding baht, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah kalah pilihan raya umum.

“Laungan PH pada suatu masa dahulu, ialah ‘Najib turun, ringgit naik’. Saya dah turun dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sudah naik. Tetapi ringgit turun dengan lebih dahsyat lagi. Apa alasan Lim?” katanya.

Najib berkata nilai ringgit menunjukkan pemulihan berbanding baht sebelum PRU-14. - FMT




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
'Bukan ringgit jatuh, dolar yang naik' – Mahathir 'Bukan ringgit jatuh, dolar yang naik' – Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...