BINA SEKOLAH: Maszlee kantoi klaim kredit lagi



Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata, kerajaan telah meluluskan pembinaan sekolah baharu Sekolah Kebangsaan Semenyih pada Oktober lalu.

Menurutnya kejayaan projek tersebut adalah hasil perjuangan Persatuan Penduduk Taman Pelangi, Semenyih sejak 2012.

“Ia hanya berjaya direalisasikan setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih dan meluluskan pembinaan sekolah tersebut pada Oktober lalu,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke tapak projek Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Semenyih, di sini, hari ini.



Namun apabila disemak, projek ini rupanya telah diumumkan oleh bekas Menteri Pendidikan Dato' Seri Mahdzir bin Khalid pada Januari 2018 ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) masih berkuasa.

Ini bermakna, projek ini telah diluluskan dan menggunakan dana dari Bajet 2018 ketika kerajaan BN masih mentadbir. Rujuk di sini.

Tender projek ini telah dibuka pada bulan April dan ditutup pada awal bulan Mei beberapa hari selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu di mana ketika itu Maszlee belum pun mengangkat sumpah. Rujuk di sini dan di sini.



Di dalam masa yang sama Maszlee turut bermegah yang kononnya tender itu dibuat secara terbuka oleh kerajaan PH. Padahal memang dari awal lagi tender itu telah dibuat secara terbuka oleh kerajaan BN. Rujuk di sini.

Tindakan Maszlee yang kerap klaim kredit hasil dari usaha orang lain mengundang kecaman warganet.

Perlakuan tidak jujur itu tidak ada bezanya beliau yang miliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dengan pimpinan lain di dalam PH yang menipu sijil ijazah mereka kerana apabila disimpulkan kesemuanya adalah menipu rakyat. - KhairulAzri/AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN : BAUCAR BUKU: Najib sindir Dr Maszlee, PH curi kredit lagi



















BINA SEKOLAH: Maszlee kantoi klaim kredit lagi BINA SEKOLAH: Maszlee kantoi klaim kredit lagi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...