Bila nak siasat laporan palsu Syed Saddiq? – Najib Razak



Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim mengesahkan siasatan pihaknya tiada pergaduhan serius antara Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 16 Februari lalu.

Sehubungan itu, kata beliau, blogger yang lebih dikenali sebagai Papagomo itu yang direman tiga hari bagi membantu siasatan, akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.


“Kita mendapati tiada pergaduhan sebaliknya hanya salah faham dan berlaku tarik menarik. Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Jika kita rasa saksi sudah mencukupi, kita serahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk lakukan proses pendakwaan,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.


Ahad lalu, Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira jam 3 petang, selepas didakwa terbabit dalam serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang semasa penamaan calon pilihan raya kecil Semenyih.

Sebelum itu, Syed Saddiq yang juga adalah ahli parlimen Muar membuat laporan polis bahawa beliau diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari dewan pusat penamaan calon, Sabtu lalu.


Papagomo ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, yang mendakwa dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu.

Polis membuka kertas siasatan selepas menerima dua laporan susulan insiden sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Cempaka, MPKj pada jam 10.45 pagi.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas selepas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kajang mendakwa dikasari dan dipukul dari arah belakang.

Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan dan merusuh, selepas Syed Saddiq mendakwa diserang sekumpulan penyokong parti politik.


Sementara itu bekas perdana menteri secara sinis turut mengulas pembebasan Papagomo dengan menasihatkan agar orang ramai jangan mendekati mana-mana menteri Pakatan Harapan (PH) kerana takut akan ditahan polis tanpa sebab-sebab munasabah.

Najib juga turut mengutarakan persoalan dari rakyat berhubung tindakan yang akan diambil terhadap Syed Saddiq yang membuat laporan palsu dirinya diserang dan dicekak oleh Papagomo. - MK/AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



ARTIKEL BERKAITAN :

Syed Saddiq sengaja turun di kawasan BN cetus provokasi – Saksi

Bukan cekik, saya cuba melindungi Syed Saddiq je – Papagomo

TERKINI: Syed Saddiq hilang kelayakan Ahli Parlimen akibat laporan palsu dicekak Papagomo

LAPORAN PALSU: Papagomo lapor polis, saman fitnah Syed Saddiq

Letak tangan dibahu Syed Saddiq, Papagomo direman 3 hari

Polis sahkan Papagomo tak serang Syed Saddiq

Bila nak siasat laporan palsu Syed Saddiq? – Najib Razak

Bila nak siasat laporan palsu Syed Saddiq? – Najib Razak Bila nak siasat laporan palsu Syed Saddiq? – Najib Razak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...