Puluhan bikers Singapura tutup nombor plat elak AES


Menteri tidur ke? Rakyat sendiri kau tindas. Orang luar kau beri keistimewaan?

PULUHAN penunggang motosikal (bikers) warga Singapura dirakam menutup nombor pendaftaran (plat) kenderaan mereka disyaki bagi mengelak kamera AES sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Video rakaman itu tular selepas kerajaan Singapura mengumumkan sebanyak 400,000 saman-saman terkumpul berjumlah S$32 juta (RM96 juta) belum dibayar oleh penunggang motosikal asing yang memasuki republik itu.

Rakaman kejadian berkenaan menerima lebih 112,000 tontonan di media sosial selepas dikongsi oleh halaman facebook ROAD.sg

“Berhubung kiriman sebelum ini tentang penunggang motosikal rakyat Malaysia tidak membayar saman mereka,”

“Kita penunggang motosikal Singapore menggunakan jalan Malaysia juga bukankah malaikat. Di sini kita lihat sekumpulan bikers menutup nombor pendaftaran mungkin untuk mengelakkan AES (sistem penguatkuasaan automatik) untuk saman laju,”

“Berlaku sepanjang lebuh raya Plus selatan ke utara, Malaysia,” tulis laman itu. - MS


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Puluhan bikers Singapura tutup nombor plat elak AES Puluhan bikers Singapura tutup nombor plat elak AES Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...