Biasanya PH hilang lepas menang, kali ni belum bertanding dan hilang



Biasanya, pemimpin PH akan hilang selepas menang. (Boleh tanya MenHEN kalau tidak percaya. Dia pakar.)

Kali ini agak berbeza.

Sebelum menang, calon PH ini sudah hilang.

Pertama kali saya pernah dengar calon PRK boleh tiba-tiba "hilang" pada masa kempen pilihanraya tengah hot dan semakin hampir kemuncak. - Najib Razak




SEMENYIH, 26 Feb ― Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali memohon maaf kepada petugas media susulan “kehilangannya” pada siri kempen semalam.

Beliau berkata kemungkinan berlaku masalah teknikal berhubung penyaluran makluman aktiviti berkempen hingga menyebabkan ramai petugas media gagal membuat liputan jadual kempennya.


“Saya mohon maaf, mungkin berlaku masalah komunikasi antara team (jentera) saya dengan pihak media hingga tidak mendapat jadual aktiviti kempen saya hari ini.

“Saya pun perasan hari ini, tak ada media yang ikut, rasanya hanya ada beberapa sahaja (media) ketika di masjid, “ katanya kepada pemberita ketika sesi tinjauan mesra di tapak pasar malam dekat Bandar Rinching.


Beliau menjelaskan, aktiviti kempennya tetap berlangsung seperti biasa termasuklah sempat menziarah kematian dua penduduk di Semenyih selain menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi parti, di Kuala Lumpur.     

Semalam Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu “hilang” daripada radar liputan media hingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengamal media yang bertugas pada PRK itu.


Mengulas lanjut, Muhammad Aiman turut menepis dakwaan ketiadaannya adalah disebabkan tertekan dan penat berikutan jadual kempen yang padat.

“Tidak, tidak. Itu tidak betul (dakwaan berasa tertekan), saya ada sahaja berkempen. Saya ada empat hari lagi untuk berkempen, mana boleh berhenti..kita akan all out,” katanya.


Hari pengundian ditetapkan Sabtu ini manakala hari ini proses pengundian awal akan berlangsung membabitkan seramai 858 anggota dan pegawai polis di dua pusat pengundian awal iaitu di Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

PRK Semenyih menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan Muhammad Aiman menentang calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul dan calon Bebas, Kuan Chee Heng. ― Bernama

Biasanya PH hilang lepas menang, kali ni belum bertanding dan hilang Biasanya PH hilang lepas menang, kali ni belum bertanding dan hilang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...