Biadab! Letak patung berhala di surau



PELABUHAN KLANG 21 Feb.- Biadab! Itulah yang boleh digambarkan perbuatan individu tidak bertanggungjawab apabila meletakkan patung berhala bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda di sini.

Patung itu disedari siak surau tersebut kira-kira pukul 2.30 hingga 4 petang yang tiba untuk membuat persiapan solat Asar.



Mohd. Yatim Omar, 64, ketika ditemui berkata, dia ketika itu mahu membuka pintu surau berkenaan yang berkunci kira-kira jam 4.15 petang.

Bagaimanapun katanya, dia ternampak patung tersebut dia terus memanggil ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah bagi melihat sendiri patung tersebut.



“Ketika saya selesai solat Zohor semua dalam kedaaan baik dan tiada patung tersebut. Namun, apabila saya datang semula ke surau tersebut ternampak patung berhala yang diletakkan di situ.

“Saya tidak tahu apa motif individu yang meletakkan patung tersebut. Kami tidak pernah menerima mana-mana aduan cuma kes kecurian tabung surau sahaja dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di surau ini,” katanya. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




Biadab! Letak patung berhala di surau Biadab! Letak patung berhala di surau Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...