Bersatu adalah parti perkauman – Tun M



PUTRAJAYA 12 Feb. - Tun Mahathir Mohamad mengakui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai sebuah parti perkauman yang mewakili kaum Melayu dan bumiputera di negara ini.

Pengerusi Bersatu itu berkata, ini memandangkan kaum tersebut masih berasa tidak selamat jika tidak mempunyai jumlah perwakilan tertentu dalam parti gabungan dan kerajaan.

"Peranan kita adalah untuk memastikan kepentingan mereka terpelihara dalam masa kita bekerjasama dengan parti-parti lain yang berbilang kaum termasuk DAP. 



"Inilah hasrat kita dan telah kita jelaskan kepada keenam-enam orang (ahli parlimen) ini dan mereka faham," katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Pada majlis itu, enam bekas Ahli Parlimen UMNO hari ini menyerahkan borang permohonan untuk memasuki Bersatu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.



Selain itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menerima kad keahlian Bersatu.

Ditanya tentang tindakan empat menteri dari Bersatu turun padang ke Semenyih sejak Sabtu lalu terutama ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bakal diadakan Mac ini, Dr. Mahathir memberitahu:

"Kita belum ada pilihan raya lagi, kalau mereka nak pergi mana, pergi la.

"Tempat lain pun (menteri) pergi juga, kadang-kadang pergi luar negeri sebab kita ada pilihan raya di luar negeri," katanya. - UO
Bersatu adalah parti perkauman – Tun M Bersatu adalah parti perkauman – Tun M Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...