Axiata Group rekod kerugian RM5.03 bilion



KUALA LUMPUR 22 Feb. - Axiata Group Bhd merekodkan kerugian bersih RM5.03 bilion pada tahun kewangan 2018 berbanding keuntungan bersih RM909.48 juta pada tahun kewangan sebelumnya berikutan pengurangan kepentingan bagi pelaburannya di India serta lupus kira aset yang mencecah berbilion ringgit.

Menurut syarikat itu, prestasinya terjejas akibat kerugian daripada pengurangan kepentingan dan penyahiktirafan pelaburan di India, daripada sekutu kepada pelaburan kecil berjumlah RM3.7 bilion, serta lupus kira/susut nilai dipercepat aset sekali sahaja berjumlah RM1.8 bilion.


Perolehan susut 2.1 peratus tahun ke tahun kepada RM23.89 bilion bagi tahun kewangan 2018 yang berakhir 31 Dis, 2019 daripada RM24.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Axiata berkata ringgit yang kukuh berbanding semua mata wang serantau telah menyebabkan kesan penterjemahan penyata kewangan mata wang berfungsi entiti asing kepada penyata kewangan entiti pelaporan.


"Ketika mata wang pada tahun kewangan 2017 berterusan, perolehan meningkat 6.2 peratus dipacu oleh prestasi lebih baik yang direkodkan syarikat beroperasi di Malaysia dan Sri Lanka serta perniagaan infrastruktur," menurut Axiata.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2018, kerugian bersih adalah berjumlah RM1.66 bilion berbanding keuntungan bersih RM24.72 juta pada suku sama 2017, manakala perolehan berjumlah RM6.26 bilion berbanding RM6.26 bilion.


Selain Malaysia, Axiata turut beroperasi di Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, Nepal dan Kemboja.

Di Indonesia, Axiata berkata perolehan berkurangan 11.6 peratus tahun ke tahun kepada RM6.5 bilion disebabkan kesan pertukaran asing yang tidak memberangsangkan.


Operasi di sana mencatatkan kerugian bersih RM939.8 juta berbanding keuntungan bersih RM116.8 juta.

"Ini disebabkan terutamanya lupus kira sebanyak sekali aset 2G dan 3G berjumlah RM892.3 juta dan caj penyusutan lebih tinggi ke atas pelaburan aset rangkaian luas tahun-tahun sebelumnya," menurut Axiata.


Di Bangladesh, perolehan berkurangan 10.1 peratus kepada RM3.2 bilion pada tahun kewangan 2018 disebabkan terutamanya kesan penterjemahan penyata kewangan mata wang berfungsi entiti asing kepada penyata kewangan entiti pelaporan yang tidak memberangsangkan.

Jumlah perolehan operasi Sri Lanka meningkat 2.2 peratus kepada RM2.71 bilion.


Di Nepal, perolehan Axiata turun 12 peratus kepada RM2.11 bilion ekoran, antara lain, pelaksanaan caj perkhidmatan telekomunikasi.

Perolehan operasi Kemboja susut 2.4 peratus kepada RM1.15 bilion juga disebabkan kesan penterjemahan penyata kewangan mata wang berfungsi entiti asing kepada penyata kewangan entiti pelaporan yang tidak memberangsangkan. - BERNAMA

Axiata Group rekod kerugian RM5.03 bilion Axiata Group rekod kerugian RM5.03 bilion Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 23, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...