Atuk makan separuh tong cat disangka yogurt



NEW YORK – Seorang warga emas, 90 tahun termakan cat yang disangka yogurt.

Kejadian malang itu telah dimuat naik oleh cucunya, Alex Stein di Twitter hingga tular di media sosial.
Alex memberitahu, datuknya dikenali Bobby telah memakan separuh cat yang disangka pencuci mulut (yogurt).


Dia turut memuat naik gambar Bobby dalam keadaan bibir berwarna hijau dan tong cat sebagai bukti.

Katanya, ibunya selalu membeli yogurt sekurang-kurangnya tujuh liter dalam tempoh seminggu dan berkemungkinan Bobby melihat tong cat itu adalah yogurt.


Bagaimanapun kejadian itu tidak sedikit pun menjejaskan tahap kesihatan Bobby dan doktor mengesahkan dia selamat.

Penularan status itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang turut meneka perisa ‘yogurt’ itu.


Netizen memberitahu mungkin perisa coklat mint atau pistachio.

Sehingga kini, status itu meraih 177,386 ciapan dan lebih 500,000 tanda suka. - SH

Atuk makan separuh tong cat disangka yogurt Atuk makan separuh tong cat disangka yogurt Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...