Apa Najib buat bertahun-tahun jadi PM, tanya Muhyiddin


9 tahun Najib jadi PM, 11 tol dihapuskan dan beberapa lebuhraya dibina tanpa tol. Selama 37 tahun Muhyiddin dalam Umno dia buat apa?

'Perang tol' di antara PH dan pembangkang berterusan lagi.

Kali ini giliran Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membidas bekas presiden Umno Najib Razak yang menyindir pengumuman kerajaan untuk menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada.


Kata Muhyiddin walaupun dianggap remeh oleh pembangkang, sekurang-kurangnya kerajaan PH berjaya mengambil langkah awal bagi mengotakan janji mereka untuk menghapuskan tol.

Keadaan itu, katanya, berbeza dengan BN semasa menjadi kerajaan apabila mereka hanya tahu berbincang tetapi tanpa penyelesaian.


“Mereka (BN) juga berjanji dulu untuk menyelesaikan masalah tol.

"Saya duduk dalam jemaah menteri, bincang punya bincang, punya bincang, tapi tak ada keputusan,” katanya yang pernah menjadi timbalan Najib dalam kerajaan dan parti.


Muhyiddin berkata demikian dalam ceramah isu-isu semasa di padang permainan Pangsapuri Fasa 6 di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Tasek Kesuma malam ini.

Tambah Muhyiddin, Najib sekarang hanya tahu mempersoalkan kenapa PH tidak melakukan pengumuman mengenai tol itu lebih awal.


Sedangkan kata Muhyiddin bekas perdana menteri keenam Malaysia itu sendiri tidak dapat melunaskan janji mengenai tol setelah beberapa tahun menjadi perdana menteri.

“Waktu awak jadi perdana menteri, kenapa awak tak buat? Apabila kita sudah buat, dipersoalkan balik... sepatutnya rakyat bersyukur dengan keputusan kerajaan, walaupun secara berperingkat di tempat-tempat tertentu.


"Ini langkah awal. (Baru) sembilan bukan sahaja (mentadbir kerajaan).

“Najib dah berapa tahun jadi perdana menteri? Apa dia buat?” soalnya lagi.


Semalam, kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mempunyai pegangan syarikat terbabit.

Pengambilalihan tersebut adalah bagi menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada, dan akan digantikan dengan pengenalan caj kesesakan (congestion charge).


Melalui perkiraan baru caj tersebut, pengguna lebuh raya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sekarang pada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

Bayaran tol untuk waktu di antara 11 malam dan 5 pagi pula dihapuskan.


Selain isu tol, Muhyiddin turut membangkitkan janji BN untuk membina sejuta unit rumah dalam masa lima tahun yang juga gagal dilaksanakan. - MK

ARTIKEL BERKAITAN : La.. Ingat betul nak hapus tol, rupanya beri jenama lain je.. – Najib







Apa Najib buat bertahun-tahun jadi PM, tanya Muhyiddin Apa Najib buat bertahun-tahun jadi PM, tanya Muhyiddin Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...