'Apa kelebihan Kit Siang berbanding saya', Najib tanya Maszlee



KUALA LUMPUR 22 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan Kementerian Pendidikan apakah kelebihan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dibenarkan masuk dan menyertai program yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berbanding dirinya.

Najib meluahkan kekecewaan apabila program Sembang Santai Bossku yang sepatutnya diadakan hari ini di universiti tersebut telah ditunda dan beliau melihat tindakan tersebut sebagai usaha membatalkan terus aktiviti tersebut.



“Kita kesal Kit Siang boleh masuk UKM, apa kelebihan Kit Siang berbanding dengan saya? Apa jasa Kit Siang kepada UKM?

“Apa jasa Tun Razak (bekas Perdana Menteri) kepada UKM? Takkan Kit Siang lebih baik daripada saya. Takkan Hishamuddin Rais (aktivis sosial) dapat layanan lebih daripada saya,” katanya di pekarangan Masjid Universiti UKM, Bangi dekat sini hari ini.



Program Sembang Santai Bossku itu dibatalkan dan difahamkan kononnya penganjuran program tersebut tidak mengikut prosedur.

Namun berdasarkan siaran langsung laman Facebook oleh beberapa pihak, didapati kehadiran bekas Perdana Menteri tersebut ke universiti itu tenga hari tadi untuk solat Jumaat tetap mendapat sambutan daripada dalam kalangan mahasiswa UKM.



Kit Siang sebelum ini tidak dihalang untuk menghadiri satu forum bertajuk 'Ke mana Malaysia' yang diadakan di UKM pada 11 Disember lalu.

Pada masa sama Najib mempertikaikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang pada tahun lalu berkobar-kobar sewaktu mahu meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) untuk membolehkan mahasiswa terlibat aktiviti parti politik di dalam kampus, tetapi program yang mahu dihadirinya hari ini dibatalkan. - UO



ARTIKEL BERKAITAN : Maszlee batal program Najib di UKM


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


































'Apa kelebihan Kit Siang berbanding saya', Najib tanya Maszlee 'Apa kelebihan Kit Siang berbanding saya', Najib tanya Maszlee Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...