Video Anwar rancang guling Mahathir tular



KUALA LUMPUR 28 Feb. – Media sosial digemparkan dengan rakaman video panggilan telefon didakwa milik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan tahu tentang perancangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rakaman video berkenaan dimuat naik di dalam akaun Twitter mahazalimreturn pukul 11.33 malam semalam.



Anwar dalam rakaman video berdurasi satu minit itu mengarahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melakukan sesuatu berhubung tindakan dua individu terbabit.

“Baru ini saya bercakap dengan Muhyiddin (dipercayai Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga, saya beritahu beliau ini buat cara tak betul, Mahathir buat cara tak betul, kita kena susun rangkaian kita.



“Azmin sah, saya cakap dengan awak, sekarang ini 22 Parlimen dengan dia kita kena ambil balik. Kalau kita tak ambil, saya cakap pada awak kita payah nak buat kerja,” katanya.

Walau bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan bahawa suara tersebut adalah milik Anwar.



“Ini bukan suara DSAI, Nahu dan cara sebutan terutama beberapa perkataan terlalu berbeza dan ucapan terlalu gopoh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. – UO

ARTIKEL BERKAITAN : Senarai Ahli Parlimen sokong Mahathir letak jawatan tular




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Video Anwar rancang guling Mahathir tular Video Anwar rancang guling Mahathir tular Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...