Allah jadikan malam untuk rehat, bukan rebut tol free PH – PAS



Naib Presiden PAS Idris Ahmad mempersoalkan cadangan Pakatan Harapan untuk tidak mengenakan tol bagi beberapa lebuh raya bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi.

Idris dipetik Harakahdaily menyifatkan cadangan itu sebagai lawak dan mempersoalkan sama ada ia merupakan sebahagian kempen pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.


“Siapa yang lalu tol jam 11 malam hingga 5 pagi? Pejabat mana yang kerja tengah malam buta ni.

“Kalau pun hendak tunai janji manifesto, jangan buat lawak macam ini. Atau hanya sempena PRK Semenyih?” katanya.


Dua hari lalu, kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan pemegang utama konsesi empat lebuh raya, Gamuda Berhad.

Lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.


Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan pada waktu puncak selama enam jam sehari, manakala kadar tol dihapuskan pada waktu puncak antara jam 11 malam dan 5 pagi.

Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.


Sementara itu, Idris menambah, PH seharusnya berterus terang berhubung janji manifesto untuk menghapuskan tol secara berperingkat.

“Kalau boleh katakan boleh, tak boleh katakan tak boleh. Tak apa rakyat dah faham sangat,” katanya.


Mengulas isu sama, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani pula menyifatkan cadangan berkenaan sebagai "mengorbankan keselamatan rakyat".

"Korbankan keselamatan rakyat bagi mendapat bayaran tol percuma antara jam 11 malam sehingga 5 pagi, begitulah jadi dan kesannya.


"Bagus juga cadangan ini, semakin bijak kerajaan hari ini bagi menambahkan lagi kesengsaraan rakyat yang memberi sokongan kepadanya.

"Allah telah menjadikan malam untuk kerehatan dan ketenangan," katanya. - MK

Allah jadikan malam untuk rehat, bukan rebut tol free PH – PAS Allah jadikan malam untuk rehat, bukan rebut tol free PH – PAS Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...