Akhirnya Mujahid mengaku parkir di petak OKU



SHAH ALAM: Selepas teruk dikecam berhubung tularnya sekeping foto memaparkan kenderaan dengan jata Ahli Parlimen diparkir di petak khas orang kurang upaya (OKU), Menteri di Jabatan Perdana Menteri tampil menjelaskan situasi sebenar.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengakui kereta itu kenderaan peribadi miliknya.

"Saya menerima sekeping gambar untuk pengesahan. Saya akui itu adalah kenderaan peribadi saya.



"Untuk makluman semua, saya menjaga ayah mertua yang uzur dan berkerusi roda. Sewaktu kejadian ini, anak-anak saya membawa datuk mereka untuk makan di restoran.

"Mereka menggunakan kemudahan parking OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur," jelasnya di Facebook.

Netizen persoalkan alasan tidak munasabah yang diberikan oleh Mujahid. Sekiranya mempunyai ibu bapa yang uzur membolehkan seseorang parkir kenderaan di petak khas OKU, bagaimana rakyat yang lain? Adakah mereka juga boleh parkir di petak itu dengan alasan yang sama?



Berdasarkan peraturan sedia ada, kemudahan parkir OKU disediakan untuk golongan tersebut bersyarat iaitu mereka mestilah merupakan seorang OKU yang memandu sendiri kenderaan yang telah diubahsuai untuk kegunaan OKU berdasarkan kekurangan fizikal masing-masing.

Pemandu itu pula perlulah memiliki kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan pengesahan daripada doktor. Kemudian, mereka perlu pula mendapatkan pelekat khas OKU untuk ditampal dengan jelas pada kenderaan yang akan digunakan itu tadi. Pelekat itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.

Jika menepati semua keperluan ini maka barulah anda boleh meletakkan kenderaan diruang khas OKU dan sesiapa yang melanggar peraturan boleh dikenakan kompaun.


Ini adalah insiden kedua berkaitan golongan OKU yang dicetuskan oleh Mujahid selepas mengizinkan golongan Transgender menggunakan tandas khas untuk OKU. - AA/MG/AbuLeman


ARTIKEL BERKAITAN:

Transgender boleh guna tandas OKU — Menteri

LGBT guna tandas OKU: Ras Adiba gesa Menteri mohon maaf






Akhirnya Mujahid mengaku parkir di petak OKU Akhirnya Mujahid mengaku parkir di petak OKU Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...