Akhirnya Marzuki mengaku tidak miliki ijazah dari Universiti Cambridge



KUALA LUMPUR, 6 Feb - Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya sebentar tadi telah tampil dan mengaku bahawa beliau tidak pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge di United Kingdom walaupun sebelum ini mendakwa beliau telah mengambil kursus jarak jauh untuk ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di sana.

Dalam sebuah laporan oleh Malaysiakini, Marzuki berkata ijazah dalam pentadbiran perniagaannya itu diperolehi dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat - sebuah institusi yang reputasi dan kewujudannya dipersoalkan.

"Saya fikir (pengkritik saya) salah faham (tentang kelayakan saya). Saya belajar di Cambridge International University di Amerika Syarikat.

"Saya melakukan logistik (sebelum menyertai politik), jadi saya hanya mengambil sijil itu untuk pengetahuan saya untuk mengembangkan perniagaan saya. Sebagai CEO syarikat, saya ingin memperluaskan pengetahuan dan perniagaan saya," katanya dipetik daripada Malaysiakini.


Awal minggu ini, aktivis politik Muhsin Abdul Latheef membuat satu laporan polis berhubung dakwaan pemilik akaun Facebook dalam catatannya pada 3 Februari bahawa Universiti Cambridge tidak pernah menawarkan pengajian pembelajaran jarak jauh dalam pentadbiran perniagaan yang didakwa oleh Marzuki.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang, Marzuki kemudiannya menolak tuntutan itu sebagai satu lagi 'sepak terajang' dalam perjalanan politiknya.

Pengakuannya hari ini berhubung dengan penyuntingan yang berlaku di halaman Wikipedia oleh akaun yang tidak diketahui pemiliknya, 'anonymous'.

Carian Internet oleh Malay Mail menunjukkan sekurang-kurangnya dua institusi yang mempunyai nama "Cambridge International University".


Salah satunya menawarkan "Sistem Pengajian Jarak Jauh" yang beroperasi di Malaga, Sepanyol dan yang lagi satu bertapak di Amerika Syarikat.

Wikipedia juga mencatatkan dua nama lain yang mempunyai nama yang sama di Cape Town, Afrika Selatan dan Arizona, AS.

Pencarian melalui Google mendapati, institusi yang mendakwa berada di Amerika Syarikat itu menawarkan kos yuran bagi pengajian ijazahnya sebanyak AS $ 5,000 (RM20,000).

Menurut laman webnya, institusi itu tidak diakreditasi oleh mana-mana agensi akreditasi yang diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat.



"Tidak ada mandat oleh undang-undang persekutuan untuk Sekolah, Kolej atau Universiti untuk diiktiraf. Banyak sekolah yang baik yang lain juga tidak diakreditasi, "katanya.

Halaman Facebook "Cambridge International University" yang bertapak di AS juga seperti tidak beroperasi yang hanya diikuti oleh seramai 71 orang pengunjung sahaja.

Rata-rata netizen mempersoalkan samada ijazah yang diperolehi itu adalah asli atau palsu? Dan menjadi persoalan besar, adakah ianya diperolehi dengan 'membeli' atau dengan mempelajari? - MM/AbuLeman


Akhirnya Marzuki mengaku tidak miliki ijazah dari Universiti Cambridge Akhirnya Marzuki mengaku tidak miliki ijazah dari Universiti Cambridge Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...