AES: Bukan 11, kita akan pasang lebih banyak dari itu


Lepas ni kawasan beruk kena langgar pun akan dipasang AES ke?

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bukan 11 buah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan ditambah di Lebuh Raya Utara Selatan tetapi lebih banyak lagi.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr. Siti Zaharah Ishak, 11 buah kamera AES seperti yang dilaporkan sebelum ini merupakan permohonan awal daripada pihak konsesi, Projek Lebuhray Utara Selatan (Malaysia) Berhad (PLUS) sendiri kepada kerajaan selepas mengenal pasti beberapa kawasan yang kerap berlaku kemalangan hingga menyebabkan kematian akibat memandu melebihi had laju.

Walau bagaimanapun kata beliau, susulan kes kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan SUV terhumban ke laut dan pemandunya maut di Jambatan Pulau Pinang bulan lalu, PLUS mendapati terdapat keperluan menambah kamera AES di kawasan tersebut juga.

“Miros dimaklumkan PLUS telah memanjangkan surat permohonan kepada kementerian dan seterusnya akan memanggil kami untuk bersama meneliti cadangan lokasi baharu meletakkan kamera AES.

“Antara lokasi yang dikenal pasti adalah di Jambatan Pulau Pinang, iaitu tambahan daripada 11 lokasi sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Nota Serah Tugas Pengerusi Lembaga Pengarah Miros, di Kajang, dekat sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Tan Sri Lee Lam Thye yang dilantik sebagai Pengerusi Miros pada 3 April 2015 menyerahkan nota serah tugas kepada Datuk Suret Singh dan akan berkuat kuasa mulai esok.

Pada 14 Disember tahun lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kamera AES di semua lebuh raya akan ditambah untuk memastikan pemandu yang melebihi had laju dikenakan tindakan undang-undang. - UTUSAN ONLINE
AES: Bukan 11, kita akan pasang lebih banyak dari itu AES: Bukan 11, kita akan pasang lebih banyak dari itu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...