100,000 bekas UMNO Sabah bakal sertai Bersatu, bukan Warisan


Kena dah Pie..

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kira-kira 100,000 bekas ahli di UMNO Sabah bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuat keputusan masuk ke negeri tersebut.


Jumlah itu termasuklah lima Ahli Parlimen dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar UMNO pada Disember 2018.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, jumlah 100,000 itu datang daripada 25 kawasan Parlimen di Sabah.


“Borang telah dihantar untuk pertimbangan. Termasuklah lima Ahli Parlimen, lapan ADUN dan dua Senator. Kami alu-alukan keputusan tersebut (Bersatu masuk ke Sabah),” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Lima bekas Ahli Parlimen UMNO itu ialah Ronald (Beluran), Datuk Abd. Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd. Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Mohd. Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang). - UO

100,000 bekas UMNO Sabah bakal sertai Bersatu, bukan Warisan 100,000 bekas UMNO Sabah bakal sertai Bersatu, bukan Warisan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...