Wartawan TV Alhijrah biadab dikesan



Seorang wartawan TV Alhijrah hari ini dikecam oleh netizen apabila menulis satu artikel yang dianggap sungguh biadab yang mana artikel itu pula dimuat naik ke portal rasmi stesen tv tersebut, juga dikongsikan di halaman facebook rasminya.

Wartawan yang menggunakan nama Muhammad Syafiq Azman itu turut mengongsikan artikel yang ditulisnya itu di facebook peribadi miliknya dengan 'caption' yang serupa.

"Pahlawan Bugis sudah menemui pentas sesuai untuk menari dan mengatur langkah. Kepitnya kini lebih kemas rapi tersusun. Dari Perdana Menteri, menjadi keyboard warrior. Atau lebih tepat, Pahlawan Papan Kekunci Bugis. Najib kini menempa nama sebagai Raja Troll, membangkang kerajaan dengan satira halus tetapi padu melalui laman sosial."




Artikel yang ditulis itu pula dikatakan tidak beradab terhadap mantan perdana menteri Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara dengan menggunakan baris ayat dan perkataan yang tidak sepatutnya.

Rata-rata netizen mempersoalkan etika kewartawanan yang diamalkan oleh Muhammad Syafiq dan pendirian stesen TV Alhijrah dalam perkara yang sedang mendapat kecaman ramai ini.

"apa benda ni??? kalau tv untuk Islam jangan campur aduk bab politik laa...jangan melagakan orang...," komen Romy Irwan Shah.

"Sayangnya, TV Yang suatu masa dulu mengajak kepada kebaikan, sekarang dah jadi alat dajjal," komen Murad Bin Jailani.

"Kalau bkn sebab Najib tvhijrah pn tak wujud. Kau pn xkeje kat situ la min.. tak kenang budi langsung.. barua punya admin..," komen Abu Leman.




Bagaimanapun 'caption' di halaman facebook rasmi TV Alhijrah telah disunting apabila mendapat ribuan kecaman dari netizen.

Kesalahan seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan datang dari media arus perdana yang selama ini dilihat menjaga etika dan profesionalisme dengan kandungan dan isu yang dilaporkan. Apatah lagi stesen tv itu pula dikategorikan sebagai stesen tv paling Islamik di dalam negara.

Netizen mengecam stesen TV Alhijrah dan menuntut tindakan diambil terhadap Muhammad Syafiq. – AbuLeman

UPDATE: TV Alhijrah padam posting hina Najib












Wartawan TV Alhijrah biadab dikesan Wartawan TV Alhijrah biadab dikesan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...