Wan Saiful dedah Bersatu amal rasuah, salah guna kuasa



Beberapa jam selepas dipecat sebagai setiausaha Bersatu Perlis, Wan Saiful Wan Jan mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam Bersatu negeri itu.

Beliau mendedahkan telah membuat laporan polis mengenai dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu negeri.

Bagaimanapun, dakwanya, beliau digesa menarik balik laporan berkenaan.

“Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak mahu menarik balik laporan polis itu.

ARTIKEL BERKAITAN : TERKINI: Pengerusi PTPTN, Wan Saiful dipecat


“Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya selepas laporan itu mendakwa beliau telah ditawarkan sejumlah wang yang besar sekiranya membantu dalam pengaturan kontrak tersebut.

“Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu. Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden Bersatu mendabik dada menegaskan tiada rungutan tentang rasuah kerajaan sekarang.

 Namun sebaliknya 'orang kuat' Bersatu sendiri yang tampil membaut laporan polis berkenaan rasuah dan salah guna kuasa di dalam parti yang ditubuhnya itu. - MK/AbuLeman
Wan Saiful dedah Bersatu amal rasuah, salah guna kuasa Wan Saiful dedah Bersatu amal rasuah, salah guna kuasa Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...