Wan Azizah tak sengaja troll Zulpuri



KUALA LUMPUR 23 Jan. - Media sosial menjadi medium yang paling popular untuk ahli politik tanah air troll anggota parti lawan.

Ketika ini tidak dinafikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak paling popular menggunakan media sosial membidas kerajaan dengan fakta.

Tidak kurang juga hantaran-hantaran berbentuk troll yang setiap kali mendapat sambutan dari warganet.

Selain Menteri Wilayah Khalid Samad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dilihat mencuba untuk troll menggunakan akaun Twitternya.


Tetapi malangnya cubaan troll timbalan perdana menteri itu menerima nasib yang serupa dengan Khalid kerana terkena kepada 'kawan' sendiri apabila cuba membuat hantaran tentang kedatangannya ke Cameron Highland dengan 'menggunakan kenderaan sendiri'.

"Apa khabar rakyat Cameron Highlands? Saya turun menggunakan kenderaan sendiri 😉" ciap Dr. Wan Azizah ringkas.

Ciapan Wan Azizah yang agak lucu itu mendapat perhatian warganet Afyan Mat Rawi lalu membalasnya dengan kehairanan kerana cubaan troll itu tidak mengenai sasaran yang sepatutnya.


"Jarang anak Melayu troll geng sendiri. Cuba lagi. Banyakkan belajar dari Najib." ciap Afyan.

"YB perli geng sendiri ke. Xbaik tau.Kesian diaorg. Hehe. Sempat juga YB promote calon BN ye. Terbaikla YB. 👍👍🤣🤣🤣." sambung seorang lagi pengguna twitter Abang Riz.


Sebelum ini Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dikaitkan dengan insiden itu apabila videonya menyerang jentera Barisan Nasional (BN) tular selepas kesalahannya salah guna kenderaan kerajaan itu di'kantoi'kan ketika sedang mengangkut barangan untuk kempen di Cameron Highland. - AbuLeman


Wan Azizah tak sengaja troll Zulpuri Wan Azizah tak sengaja troll Zulpuri Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 23, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...