Wan Azizah kantoi menipu 'tidak dibenarkan solat'


Hal agama pun nak menipu. Mati esok tak tahulah macam mana.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis ingin memaklumkan bahawa tiada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Keledek.

Pihak kami tidak mengetahui mengenai kehadiran YAB TPM ke Kampung Keledek.

Rombongan YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, timbalan perdana menteri merangkap menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat tiba di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Permata Kasih, Sungai Koyan pada 23 Januari 2019, jam 2.30 petang dan berada di sana kira-kira 20 minit sebelum berangkat ke program berikutnya.

Sepanjang berada di PPDK, YAB TPM bertanyakan mengenai perkembangan pembelajaran pelatih-pelatih dan keperluan PPDK untuk melancarkan operasi PPDK. Tiada rumah penduduk yang terletak di sebelah PPDK tersebut.

Sebelum ini timbalan perdana menteri itu mendakwa tidak dibenarkan solat di PDK Sungai Koyan lalu beliau menunaikan solat di rumah sebelah.

"Saya hendak beritahu, saya tidak dibenarkan solat di Pusat Dalam Komuniti.

"Mereka kunci pintu, jadi saya solat di rumah sebelah. Saya tak pasti kenapa dan saya tak tanya kenapa (tidak dibenarkan solat)." kata Wan Azizah.

Senarai Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Daerah Lipis adalah:

  • PPDK Permata Kasih, Sungai Koyan, Lipis
  • PPDK Gemilang, Kuala Lipis
  • PPDK Pengasih Felda Chegar Perah, Lipis
  • PPDK Bistari Benta, Lipis


Tiada isu berkaitan "Tidak dibenarkan solat di PDK" seperti yang dinyatakan dalam berita Astro Awani

Pihak kami berharap agar maklumat ini dapat menjelaskan kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat mengenai PPDK bawah kelolaan kami di Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Kenyataan ini dikeluarkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Aduan, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis. Ia dimuatkan kali pertama di Facebook pejabat itu pagi ini.
Wan Azizah kantoi menipu 'tidak dibenarkan solat' Wan Azizah kantoi menipu 'tidak dibenarkan solat' Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...