Video Peguam dan Hakim Negara sedang seronok berpesta tular



Peguam Negara Tommy Thomas hari ini menjadi perhatian warganet apabila video rakaman beliau sedang bergelek berdansa di satu pesta menjadi tular.

Pesta 'Gala Dinner' yang dipercayai anjuran 'bahagian undang-undang' itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.

Pesta itu dilihat meriah dengan masing-masing sedang seronok menari diiringi dengan lagu 'rock n roll'.



Di dalam video itu Peguam Negara kelihatan begitu lincah menunjuk bakatnya sambil mengesek-gesek kaki di pentas tarian. Beliau juga dilihat diberikan layanan dan perhatian yang istimewa di majlis itu.

Jika figura undang-undang di zaman dahulu memilih untuk menjaga adab tatasusila, tidak menjadi terkenal dan sentiasa menjaga privasi sehingga makan tengah hari pun tidak berteman, lain pula figura undang-undang di era Pakatan Harapan (PH) seperti yang dilihat di dalam video rakaman itu.

Ini kerana kehidupan sosialnya boleh dilihat mempengaruhi keputusannya di mahkamah dan dikhuatiri akan menzalimi sebelah pihak.



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Telah menjadi kebiasaan figura undang-undang menjaga batasan sosialnya sehingga ada yang memilih untuk mengelak minum bersama di ruang awam atau bertegur sapa berlebihan apabila terserempak di jalanan.

Semuanya itu adalah demi menjaga integriti dan kesucian institusi kehakiman.

Sehingga bekas Hakim Kanan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa pernah berkata berkenaan kehidupan sebenar dan sewajarnya bagi seorang hakim;



"Para hakim tidak sepatutnya dikenali. Keadilan adalah buta".

Berbalik kepada Tommy, pendek rendah tetapi lincah, mempunyai banyak masa untuk berpesta menari berdansa tetapi tiada masa untuk mencetak sehelai kertas pertuduhan pun di dalam kes bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Bagaimana institusi kehakiman di Malaysia berubah begitu cepat sekali sehingga dilihat seolah-olah tidak lagi berintegriti. Adakah yang tertuduh benar-benar akan mendapat keadilan dari orang seperti mereka?

Turut menunjukkan aksi lincah di dalam video itu peguam kontroversi Ambiga dan Siti Kasim yang pernah menghina ibadah korban dan mempertahankan pesta arak Oktoberfest selain mendakwa pendidikan Islam di sekolah adalah ajaran sampah. – AbuLeman




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Video Peguam dan Hakim Negara sedang seronok berpesta tular Video Peguam dan Hakim Negara sedang seronok berpesta tular Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 19, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...