UTURN: Kementerian lulus dana RM20j bagi projek kereta nasional ketiga


Dah berbelit-belit. Dulu janji tak guna dana kerajaan untuk projek kereta nasional ketiga. Tapi sekarang lulus RM20 juta

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah meluluskan dana bernilai hampir RM20 juta untuk menarik minat pelabur swasta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga.

Menterinya Mohd Redzuan Yusof berkata dana itu diperoleh daripada beberapa geran sedia ada untuk memangkinkan pembangunan projek kereta nasional berkenaan.

"Ideanya ialah kita menjadi pemangkin kepada projek kereta nasional baharu itu.

"Saya tidak membangunkan projek kereta nasional yang ketiga, saya memudahkan untuk mewujudkan persekitaran bagi projek kereta nasional baharu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Lestari: Inisiatif Pemerkasaan Keusahawanan Bumiputera, semalam.

Katanya kementerian juga telah menyenarai pendek beberapa vendor untuk membangunkan prototaip kereta nasional itu.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata kerajaan akan melancarkan program yang menggantikan Skim Latihan 1Malaysia secara rasmi selewat-lewatnya bulan depan.

Katanya program baharu itu diberi nama Professional Training and Education for Graduating Entrepreneurs atau Protege.

"Kami telah memulakan program baharu itu tetapi kami belum melancarkannya secara rasmi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Redzuan membayangkan pengembangan skop kementeriannya bagi merangkumi skop pelaburan dan perdagangan.

Katanya cadangan tersebut telah disampaikan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang telah memberikan respons positif.

"Bagi saya, pembangunan usahawan tidak lengkap tanpa pelaburan dan perdagangan," katanya.

Program Lestari merupakan kerjasama antara MED dan Petronas untuk memantapkan usaha pembangunan usahawan Bumiputera dalam kalangan syarikat vendor Petronas. - Bernama



UTURN: Kementerian lulus dana RM20j bagi projek kereta nasional ketiga UTURN: Kementerian lulus dana RM20j bagi projek kereta nasional ketiga Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...