UMNO saman Mas Ermieyati, Noor Azmi



Dua dulu. Yang lain bakal menyusul. Tunggu surat lawyer ye..

CAMERON HIGHLANDS 15 Jan. - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan parti itu telah menyaman dua bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari UMNO kerana meninggalkan parti itu.

Menurutnya, mereka ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

"Dua bekas ahli, peguam kita sudah hantar writ saman iaitu Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan seorang lagi Ahli Parlimen Bagan Serai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program makan malam santai dengan belia bersama calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor, di sini hari ini.

Noor Azmi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 28 November lalu manakala Mas Ermieyati yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO juga menyertai Bersatu pada pada 13 Disember lalu. - UO
UMNO saman Mas Ermieyati, Noor Azmi UMNO saman Mas Ermieyati, Noor Azmi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...